Assalamualaikum...

To all steadfast members. Steadfast Anual Grand Dinner (AGD) will be held on Saturday, 24th of October 2009. The venue will be informed later. Dress code is based on fashion show where all of you may design and decorate your respective dress according to your own styles. Any inquiries may be refer to AGD programme manager, Mr. Zulfalihin at 0142669247. Your attendance is highly appreciated. Let us bring glorious to this event and may this be the unforgetable event in our participation in steadfast :D
(This msg will also be sent through SMS)

*since most are on holiday, you have ample time to think of nicest outfit to be worn for our AGD and dont forget to bring it back to uia when the semester reopen. Have a joyous and sparkling Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

From: AGD (PUB & PRO)

  • Salam akhir Ramadhan & Salam Syawal buat semua STEADFASTIAN...
  • Semoga kita terus tabah & kuat menjalani ibadah puasa...
  • ‘taqabbalullah minna waminkum’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).

Biro INFO STEADFAST mewakili semua organisasi STEADFAST '09; MAIN BOARD, T.O.T, OUTREACH, SPECTRA, R&D, GEMUDA, HRM & SENDI mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran buat semua STEADFASTIANS...
Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan mendapat tempat disisi-NYA & semoga terus istiqamah dengan amalan sepanjang Ramadhan..
Ameen.

Rayer....Rayer jugak...click link di bawah untuk lebih memahami erti RAYA yg. SEBENAR...
http://www.duniadeen.com/2008/09/amalan-sunnah-sempena-aidilfitri.html

Salam 'Eidulfitri,
Miss INFO '09

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada

Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap semua dapat meneruskan ibadah puasa dengan jayanya...nak berkongsi dengan semua sedikit 'makanan rohani'...

" Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan.Kegembiraan saat dia berbuka dan juga kegembiraan saat dia bertemu TUHAN-nya"
-Hadis al Qudsi


Maka dengan itu, SENDI dengan berbesar hatinya menjemput ahli-ahli STEADFAST yg tercinta (termasuk alumni dan TOT)untuk ke GRAND IFTAR & MASS GATHERING STEADFAST.Butir-butir adalah seperti berikut :

Tarikh: 8/9/2009
Hari : Selasa
Tempat: Econs Level 2 (atas Achik Fastprint)
Masa : 5.30 ptg-9.30 malam

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

5.30 ptg Pendaftaran
5.45 ptg Tadarus
7.00 ptg Persediaan makanan
7.20 mlm Berbuka
7.50 mlm Solat Maghrib
8.15 mlm Chicken Soup for the Soul
8.35 mlm Solat Isya'
8.50 mlm Solat Tarawikh
9.30 mlm Mass Gathering
10.30 mlm Special Performance
10.45 mlm Bersurai

Kehadiran anda sangat dialu-alukan dan makanan adalh ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur..maka marilah kita mengimarahkan majlis ini.Semoga kita mendapat keberkatan daripadaNya.

Sila confirmkan kehadiran kepada headcom masing lewatnya-lewatnya esok sebelum jam 10 mlm.sekian.wallahu'alam:)

Yang benar,
SENDI & GEMUDA