Alhamdulillah, tiga program yang berlangsung minggu ini berjalan dengan jayanya..
Jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa sewaktu program berlangsung..

NUT CRACKER (230710)

Apakah yang membuatkan para peserta begitu gembira ea?? nak tahu???

Haaaa....Ini la dia..Bila mana para committee di "dera" oleh peserta..Jangan marah ea..Sama2 la kita mandi tepung..Hihi :p

Inilah dia mangsa2 tepung sewaktu nut cracker berlangsung..InsyaAllah ukhuwah ini akan berkekalan hingga keakhirnya..Terima kasih pada yang menghadiri program ini.. congratz to SPECTRA :)


KEM MOTIVASI DI SEKOLAH MENENGAH TAMAN ILMU DAN BUDI (240710)

Apa yang dilakukan oleh kakak2 & abang2 fasi ni ye??


Ish..Ape plak yang adik ni buat?? Siyes btul muka die...hmmm...


Owh...Rupanya kena bina jambatan dari barang2 yang di "jual" oleh kakak2 & abang fasi.. Tapi untuk apa ya??? Ha...game ini bertujuan untuk mengetahui tahap P.L.O.C adik2.. Planning, Leading, Organizing, & Controling :)


Hah?? Ape plak ni?? Ha...Ini adalah uji kaji yang dijalankan untuk menguji kekuatan jambatan yang dibuat oleh adik2..Adakah jambatan ini memenuhi kriteria yang diminta?? Jawapannya.....


Alhamdulillah....Kami berjaya!!!! Hihi....

Walaupun tidak semua jambatan mampu melepasi kriteria yang ditetapkan, adik2 janganla mudah putus asa..Ingat tak kata-kata dari abang Adi??

"Selalunya kalau kita gagal mesti kita rasa malu untuk berdepan dengan kawan-kawan..sama macam jambatan ni..Bila jambatan adik-adik roboh, semua tak nak ambil gambar..Yang ambil gambar hanya kumpulan yang berjaya..kumpulan yang tewas rasa segan untuk tampil kehadapan dan mengambil gambar..adik-adik......Kegagalan bukanlah beerti kita akan tewas selamanya...Tapi kegagalan itulah yang sebenarnya mengajar kita untuk terus berjaya dan menghargai erti sesebuah kejayaan itu.."

Kakak-kakak dan abang-abang mendoakan agar adik-adik semua berjaya dalam PMR & SPM..Kami sekadar pemberi semangat dan "menjetik" hati adik-adik.. tapi semuanya atas diri adik-adik sendiri..Buatlah yang terbaik demi masa depan adik-adik semua..amin....:)
Congratz to OUTREACH & fasi-fasi..


FACILITATOR SKILL ENHANCEMENT PROGRAMME (250710)

Alhamdulillah..Terima kasih kepada adik-adik yang menghadiri "training" kali ini..Semoga apa yang kami berikan mampu dimanfaatkan oleh adik-adik sewaktu menjadi seorang fasi, ketua fasi dan kem komander..Apa yang kami berikan hanyalah sekadar tunjuk ajar..Adik-adik perlulah mengejar segala peluang yang ada untuk memantapkan skil dan juga meluaskan pengalaman adik-adik..

Sekalung penghargaan kepada abang Niswan, abang Azman, abang Hafiz, abang Deen, dan abang Anis kerana sudi meluangkan masa bersama adik-adik STEADFAST..Semoga apa yang kalian curahkan mendapat ganjaran dariNya..

Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli TOT yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga ianya mampu mengutuhkan silaturrahim sesama kita..amin...:)

Assalamualaikum..Hai kawan-kawan :p
Minggu ni banyak taw program STEADFAST.. ada 3 program minggu ni.. nak tahu tak??
~1st program~
NUT CRACKER (KAYAK & SUKANEKA)
[23 JULAI 2010]
~2nd program~
KEM MOTIVASI di SEKOLAH TAMAN ILMU DAN BUDI
[24 JULAI 2010]
~3rd program~
FACILITATOR SKILL ENHANCEMENT TRAINING (IN-HOUSE TRAINING)
[25 JULAI 2010]
jadi....
jom la ramai-ramai meriahkan program STEADFAST minggu ni..
datang taw...
~~sayang STEADFAST~~
Assalamualaikum..Untuk pertama kalinya, saya mewakili admin blog ini ingin meminta maaf kerana sudah lama membiarkan blog ini berhabuk..Mujur hari ini Allah memberi kesempatan untuk pihak admin menceritakan mengenai program yang berjalan sepanjang blog tidak di update..

Semoga dengan cerita ini rindu kalian pada steadafst akan terubat dan terus bersemangat untuk memperjuangkan steadfast hingga keakhirnya...jom layan~~~

MASIH ADA YANG SAYANG : BINA INSAN MURID

Program ini berlangsung pada tanggal 26 & 27 Jun 2010. Alhamdulillah program ini berjalan dengan jayanya. Program ini dikhususkan untuk pelajar darjah 4 hingga 6 yang mempunyai rekod disiplin serta keciciran yang teruk dalam pelajaran. Pada pertama kalinya bertentang mata dengan adik-adik, jiwa kami bagai diseru dengan satu semangat. Melihat adik-adik yang masih "berhingus" mempunyai masalah disiplin, kami sangat teruja untuk memberi semangat serta motivasi kepada adik-adik supaya mereka mampu untuk mengubah diri dan hati mereka memandangkan adik-adik ini masih lagi muda.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah LDK. ceramah, riadah, dan juga sesi muhasabah diri. Berada mengelilingi unggun api sewaktu sesi muhasabah diri, merupakan pengalaman yang baru untuk adik-adik. Alhamdulillah, hasilnya kami merasakan bahawa hati adik-adik telah "dijentik" untuk melakukan perubahan dalam diri mereka.

Tahniah kepada Aqiel (ketua fasi) dan Hifzaili (Kem Komander) kerana percubaan pertama mereka menyandang jawatan ini mampu dilaksanakan dengan jayanya.

Antara gambar yang sempat dirakam oleh lensa







KEM KOKURIKULUM & KEPIMPINAN TAHUN 2010

Kem ini berlangsung di Sekolah Agama Menengah Saadah Addiniah Alislamiah, Yan Kedah selama 3 hari 2 malam. Rasanya ini adalah pengalaman pertama para fasilitator steadfast sesi 10/11 membuat program di negeri yang jauh dari UIA Gombak. Perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam membuatkan kami berasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki di Yan Kedah. Sepanjang perjalanan kami disaji dengan pandangan sawah bendang yang terbentang luas.

Program kali ini alhamdulillah mencapai objektifnya untuk menyuntik semangat kepimpinan dalam diri peserta. Pada mulanya agak sukar untuk kami menyatukan pelajar puteri dan pelajar putera kerana mereka agak malu diantara satu sama lain terutamanya pelajar puteri. Hal ini menyebabkan kurangnya penyertaan pelajar puteri untuk terlibat dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Akan tetapi, setelah fasi perempuan mengadakan "girls session" sewaktu pelajar putera bersiap untuk memunaikan solat jumaat, alhamdulillah kami melihat perubahan dalam diri peserta. Mereka begitu teruja dan memberikan tumpuan pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Satu kejayaan cemerlang ialah apabila para pelajar "menggeruni" kem komander iaitu Mohd Hifzaili hingga sampai sekarang ada yang masih mengingati ayat yang sering diucapkan oleh Tuan Lee "hangpa buat gheja hangpa, aku buat gheja aku".. Tahniah juga kepada Mohd Khairul Anwar kerana tidak putus asa untuk menarik perhatian dan kerjasama dari para peserta.

Antara kenangan yang sempat dirakamkan.






KURSUS KETERAMPILAN DIRI SESI 2010

Kursus ini dikhaskan untuk para pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk membantu mereka supaya lebih berketerampilan kerana terampilnya seorang pelajar bukan diukur dari segi akademik semata, tetapi aspek fizikal dan rohani turut diambil kira. Justeru, steadfast mengambil peluang ini untuk membantu adik-adik di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisammudin Kampung Jawa klang pada 16 hingga 18 Julai 2010. Program kali ini disertai oleh 200 orang pelajar. Tahniah kepada para committee kerana berjaya mengendalikan program ini.

Sekadar gambar berbicara






Alhamdulillah program di SK Sri Delima berjalan lancar.. Laporan program akan menyusul dalam masa terdekat..

Disini saya ingin memaklumkan bahawa STEADFAST telah dipelawa ke SMA SAADAH ADDINIAH ALISLAMIAH di YAN, KEDAH. Program kali ini merupakan KEM KOKURIKULUM & KEPIMPINAN yang melibatkan 100 orang peserta daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kami memerlukan khidmat 25 orang fasilitator pada kali ini.

Jika anda berminat, sila hubungi SYAZWANI (PM) - 013-2229784, atau WAHIDAH (S/U) - 019-3715230.

tq :)