06 Dec 2010 (Monday)

Check-in for LIDV
*please take note that Mahallah office will be closed on 7 Dec 2010 for Awal Muharram


o7 Dec 2010 (Tuesday)


0200 pm :: Briefing on programme
Venue: Aikol level 4


08 Dec 2010 (Wednesday)

0800 am :: Gather at Convest Hill
0830 am :: Module
0930 am :: Killing Your Stage Fright (AIKOL)
1200 pm :: Disperse

0200 pm :: Group Outing :)


09 Dec 2010 (Thursday)

0700 am :: Gather at Main Stair, IIUM
0800 am :: Depart to Impian Country Resort, Ulu Langat
0930 am :: Check-In & Self Preparation
1000 am :: Briefing & Module
1100 am :: Lunch Preparation & Lunch & Self Preparation
0100 pm :: Zuhr Prayer
0200 pm :: Talk 1
0300 pm :: Module
0430 pm :: Asar Prayer & Tea-Break
05.15 pm :: Riadah
06.00 pm :: Dinner Preparation & Dinner & Self Preparation
0730 pm :: Maghrib Prayer & Tazkirah & Isya' Prayer
0830 pm :: "Tak Kenal Maka Tak Cinta" slot
1030 pm :: Supper
1100 pm :: Night Walk
0100 am :: Sleeping Beauty :p


10 Dec 2010 (Friday)

0600 am :: Subh Prayer
0630 am :: Riadah
0730 am :: Breakfast Preparation & Breakfast & Self Preparation
0830 am :: Cultural Night Preparation
0930 am :: Talk 2
1100 am :: Lunch Preparation & Lunch
1230 pm :: Self Preparation
0100 pm :: Jumaat/Zuhr Prayer
0230 pm :: Bureau Binding
0300 pm :: Module
0400 pm :: Cultural Night Preparation
0430 pm :: Asar Prayer & Tea Break
0515 pm :: Obstacle
0615 pm :: Dinner Preparation & Dinner
0730 pm :: Maghrib Prayer & Tazkirah & Isya' Prayer
0830 pm :: Cultural Night
1030 pm :: "Milik Siapa" slot
1130 pm :: Supper & Sleeping Beauty


11 Dec 2010 (Saturday)

0500 am :: Qiamullail
0600 am :: Subh Prayer
0630 am :: Riadah
0730 am :: Breakfast Preparation & Breakfast & Self Preparation
0830 am :: Jungle Trekking
1100 am :: Free Activities... Yeay!!!! :p & Self Preparation
1230 pm :: Lunch
0100 pm :: Zuhr Prayer
0130 pm :: Closing :(
0200 pm :: Depart to IIUM

.....Maklumat Tambahan......

Masa kat sana nanti, kita akan masak dalam kumpulan.. Pihak pengurusan hanya menyediakan minum petang sahaja.. Jadi, nanti kawan2 bawa la kuali, periuk, dapur mini, sudu & garfu, pinggan,dan lain2 yang dirasakan perlu taw.. Bahan2 mentah untuk memasak kita akan beli masa "Group Outing"..Lagi satu, kita akan main tukar2 hadiah masa slot "Milik Siapa", so masing2 kena get ready ngan hadiah la (minimum price RM5).. hadiah berunsur makanan tak diterima taw..hihi...Apa lg ea?? Nanti jika ada sebarang pertambahan maklumat, kami akan update di blog dan SMS..

Rugi taw kalau tak join S.E.T :)


Assalamualaikum..Hai semua...Mesti tengah study untuk final kan?? Good luck kepada semua pembaca blog ini...Ingat...Dont study hard, but study smart :)

Oh ye..Sedang dalam kesibukan menjalani peperiksaan akhir semester, saya mewakili barisan papan utama STEADFAST ingin memaklumkan mengenai program yang akan berlangsung sebelum bermulanya semester baru pada bulan 12 ni..

Apa ya??? masing2 tertanya ye?? ok...di sini saya beri sedikit info mengenai program yang bakal mengeratkan ukhuwah sesama ahli STEADFAST.. InsyaAllah :)

Nama program :: STEADFAST Enhancement Training (S.E.T)
Tarikh & Tempat :: 06 Dec 2010 (UIA Gombak)
08 Dec 2010 - 11 Dec 2010 (Impian Country Resort)
Yuran :: RM 30

Briefing program akan diadakan pada 07 Dec 2010, jam 0830 malam, bertempat di AIKOL..

Living-In During Vacation (L.I.D.V) akan bermula pada 07 Dec 2010 hingga 12 Dec 2010.. Kawan-kawan boleh rujuk di Mahallah Office masing-masing.. Jika ada sebarang masalah, sila hubungi

Bro. Adeaizuddin :: 013-7543678
Sis. Maria :: 013-9543604

Nak gambaran tempat yang akan kita pergi nanti tak?? Ni dia.... :)


Teruja tak?? pelbagai aktiviti yang akan dijalankan taw.. Tentatif akan di update kemudian..
Selamat bercuti semua!!! :)

~~sayang STEADFAST selamanya~~


Menu

Appetizers:

.::Kuay Pedas and Manis
::.
.::Fried Prawn Dumplings::.

Main Course:


.::Traditional Nasi Bukhara Special::.
(Long Grain Basmathi Rice Cooked with Carrots,
Raisins, Cashews And Central Asian Spices)

.::Samarkan Lamb Stew::.
(Succulent Lamb Stew Cooked with Yellow Onions and Cumin)

.::Khazan Roasted Chicken with Potatoes::.
(Roasted Chicken Cooked with Herb Spices and Potatoes)

.::"Le Cheateau Pecal with Ibu’s Kuah Sate"

.::Tashkent Eggplant Rolls land Egg Rolls::.
(Long Eggplant Thin Sliced and Battered then Rolled with a
Fresh lLme and Olive Oil Chopped Green Salad)

.::Central Asian Fresh Green Salad::.
(Fresh Bell Peppers, Tomatoes, Cucumber and Onion Salad
With Olive Oil and Lemon Juice Dressing)

.::Obi Naan Bread, Lebanese Bread and Iranian Bread Basket::.
(Fresh Home-Made Traditional Uzbek Breads)

.::Hot Chicken Nuggets and French Fries::.

.::Deep Fried Chicken Drummets::.

.::Le Chateau Meehoon Goreng::.

Desserts:

~::Fresh Cut Local and Imported Fruits::~

~::Assorted Ice Cream::~

Beverages:

<<:Coffee, Tea and Iced Cordial Drinks::>



NOTA: any inquiries, contact sr. Fatin(0132755699)
For alumni, please contact Bro. Iman (0134665226)




Assalamualaikumm.......

Pada 22 August 2010 yang lalu, bertempat di kuliyyah ekonomi,telah terlaksanan satu program tertulis dalam kalendar STEADFAST iaitu Talent Day yang dijalankan oleh Biro Research & Development. Oleh kerana program tahun ni jatuh pada bulan puasa, jadi, R&D telah bersepakat dengan biro Sendi untuk mengadakan iftar sekaligus bersama program ini. Alhamdulillah program ini berjalan dengan begitu lancar walaupon pada awal pagi tersebut hujan turun selama beberapa minit. Semangat juang setiap peserta dan komiti tidak begitu mudah luntur dan tergoda dengan damai kesejukkan pagi tersebut. Tepat jam 9 pagi, lebih 85% peserta telah hadir dan program dimulakan dengan senaman pagi dalam bentuk aerobik yang diketuai oleh Aswad yang membawa kelainan dalam aktiviti ini(menari-nari yang eksklusif dari Aswad).

Waaahhhhhhhhhhhhhhhhh.........

Setelah semua berasa segar dan bersemangat, program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Bro.Mohaideen, alumni Steadfast yang dibantu oleh Bro. Anis Firdaus juga alumni. Kedua-dua abang kita ni begitu semangat dengan ceramah bertajuk "Modules and its Significances ". Dalam masa 1 jam yang diperuntukan, abang-abang ini berjaya menarik minat peserta dengan melakukan pelbagai aktiviti yang secara tidak langsung dapat memberi kefahaman kepada peserta mengenai modul.

Aktiviti diteruskan dengan LDK. Semasa sesi ini, peserta dipecahkan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 7-8 orang peserta dan 2 fasilitator yang ditugaskan untuk memantau dan memberikan tunjuk ajar kepada peserta. peserta diminta menghasilkan 1 set modul yang lengkap mengikut jenis program yang telah ditentukan. Disamping itu, peserta juga diminta mencipta 1 'trademark' kumpulan yang akan dibentangkan bersama pembentangan modul kelak.

Berusahaaaaaa!!!!!

Tepat jam 1.15, peserta dibawa ke surau untuk persiapan solat zuhur. Tepat jam 2.00petang, peserta dikumpul semula untuk acara pembentangan modul masing-masing. Peserta diminta membuat 5 modul tetapi hanya perlu membentangkan 2 modul yang perlu diaplikasikan menggunakan barang-barang yang diberikan. Peserta juga diminta membuat Trademark kumpulan masing-masing. Setelah tamat, juri-juri profesional memberikan komen masing-masing yang sangat jujur bagi membantu peserta untuk menghasilkan modul yang lebih gempak dimasa akan datang. Tepat jam 4.30 ptg, semua pembentangan tamat dan peserta dibenarkan pulang untuk membuat persiapan diri untuk program seterusnya yang akan bermula pada petang tersebut.

Yeeeeaaaaaa................

Pada jam 6.00 petang, peserta datang semula ke tempat yang dijanjikan untuk program seterusnya. Tepat jam 6.30ptg, tadarus Al-Quran dimulakan dan dibimbing oleh Hafizi Yahya, Shahir Samsudin dan Mohd Hanif (Headcom Sendi). Tadarus Al-Quran berlangsung hingga jam 7.15mlm. Setelah tamat, peserta dihidangkan dengan air dan kurma untuk juadah permulaan berbuka puasa...

Allahhuakbar.... Allahhuakbar.........

Laungan ini disambut dengan rasa syukur.. Alhamdulillah, semua peserta membaca doa dan menjamah juadah yang disediakan. Setelah itu,semua yang hadir bersiap-siap untuk mendirikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Syahmi (Sendi). Setelah selesai solat, para hadirin dihidangkan dengan makanan yang sangat enak dan memuaskan hati(nasi+sayur campur+ayam masak merah+air sunquick blackcurrant+tembikai).



Bllluuuurrrppp....... Alhamdulillah...

Setelah kenyang, para hadirin bersiap pula untuk menunaikan solat isyak dan terawih yang di imamkan oleh Shahir Samsudin. Setelah selesai 4 rakaat solat terawikh, para hadirin dijamu dengan makanan rohani iaitu tazkirah yang disampaikan oleh Ismail yang bertajuk "Fadhilat Puasa". Setelah itu, solat terawikh diteruskan 4 rakaat. Setelah selesai, acara terakhir yang sangat dinantikan diteruskan iaitu acara penutup dan penyampaian hadiah.

Yeeeeaaaaaaahhhhhh.......

Acara dimulakan dengan doa, dan diteruskan dengan kata-kata aluan dari Zulfalihin (VP 1) dan Syafik (PM program). Dannnn.... waktu yang ditunggu telah tiba. Setiap kumpulan mempunyai kehebatan masing-masing hingga juri tidak mampu mencalonkan kumpulan mana yang bergelar juara.. Lalu.... setiap kumpulan diiktiraf sebagai juara mengikut kategori yang paling sinonim dengan kumpulan tersebut. Dan.... satu anugerah yang istimewa disampaikan kepada peserta bertuah iaitu Anugerah Peserta Paling Menyerlah (APPM).

Jeng...Jeng...Jeng....

Syahmi (Juara APPM sesi 1) tampil untuk menyerahkan gelaran tersebut kepada peserta sesi 2 yang telah dinobatkan kepada.............

S.H.A.F.I.E!!!!!! ~~TAHNIAH~~~

Setelah juara diumuman maka berakhirlah program Talent Day 2010. Sebelum pulang, peserta dihidangkan dengan juadah wajib Steadfast iaitu KEK PISANG+kek lain+ air sunquick tropicana.. Setelah menjamah hidangan terakhir, semua peserta pulang dengan hati yang gembira dan perut yang kekenyangan. Alhamdulillah murahnya rezeki hari ini. Segala penat lelah yang dilalui sepanjang hari ini diharapkan dapat dijadikan satu titik permulaan untuk adik-adik STEADFAST terus bergiat aktif dan mencurahkan idea-idea baru dalam menambahkan koleksi modul yang sedia ada.

Akhir kata............

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KOMITI DAN KAKI TANGAN YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK. JASA ANDA TETAP AKAN DIKENANG WALAUPUN TAK TERBALAS.. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN SELALU... KEPADA ADIK-ADIK, TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU DIRI ANDA MAJU SETAPAK KEHADAPAN. KEPADA SEMUA YANG TAK TERTULIS DISINI, BUKAN ANDA DILUPAKAN, ANDA JUGA SANGAT-SANGAT DIHARGAI OLEH KAMI..

THANKS A LOT.....

with best regard,

Headcomm R&D (^_^)V

>>>>>>>>pic will be upload next time<<<<<<<