Pada tanggal 10/12/2012 yang lalu Steadfast telah mengadakan AGM nya bagi tenure yang baru bertempat di Mini Audi. Alhamdulillah , Program telah berjalan dengan jayanya. Sekalung tahniah buat adik-adik dari intake baru yang berjaya mengendalikan acara ini dengan cemerlang sekali walaupun menghadapi kekangan dari segi masa.

Tahniah diucapkan kepada semua Main board dan exco lama yang telah selesai melunaskan tanggungjawab anda dengan baik sekali sepanjang tenure yang lepas. Diharapkan agar anda sudi berkongsi segala pengalaman dan nasihat kepada kami yang baru sahaja dilantik untuk menggalas amanah ini. Jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan dari pihak kami , diharapkan agar anda semua sudi menegur kami dengan kritikan yang bernas.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua alumni yng turut hadir pada malam tersebut untuk memberi sokongan anda kepada kami. di sebalik kesibukan waktu anda masih berkesempatan untuk meluangkan masa bersama kami. InsyaAllah , akan kami jaga Steadfast ini seperti anda semua menjaganya suatu waktu dahulu.
Seperti lazimnya, Steadfast IIUM akan membuka booth bagi pengambilan ahli baru setiap kali semester 1 tiba. pihak kami telah membuka booth new intake di Kuliyah of Economy pada 19-20 September 2011 dan berhampiran HS cafe pada 21-23 September. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.

Ada juga pemohon yang datang untuk memohon kali kedua setelah gagal pada tahun sebelumnya. 

Sesi temuduga pula diadakan di kuliyah of Law pada 26-28 september 2011. walaupun hujan turun dengan lebat  pada malam pertama interview, tetapi student yang hadir tetap sabar menunggu. 

terima kasih diucapkan kepada semua committee dan semua ahli steadfast yang turut sama membantu secara langsung mahupun secara tak langsung.





















Tanggal 15hb sept 2011, Khamis, jam 9 malam bertempat di collesium engineering Steadfast IIUM telah mengadakan family night dan sambutan hari raya . Acara pada tahun ini lebih meriah dari tahun sebelumnya. siap ada pelita lagi.

thanx alot pada...abg Anis Firdaus, abg Mohamad Aizat, KakAdawiyah Kassim, kak Faradilla Hamdan dan lain2 alumni dan tot yg sudi meluangkan masa datang ke sambutan hari raya steadfast~~~ dan kepada semua alumni, smoga ukhwah kita akan kekal selamanya~~♥