Main Board & Executive Council Steadfast Club Tenure 2014/2015
Berakhirnya Annual General Meeting dan Annual Grand Meeting pada 12hb Disember 2015,
maka berakhir juga tugasan dan jawatan Main Board & Executive Council Tenure 2014/2015 Kelab Steadfast Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

SEKALUNG PENGHARGAAN
Tahniah kepada yang masih memegang jawatan dan tahniah juga kepada yang telah dipilih untuk menggantikan tempat dan jawatan Tenure 2014/2015 untuk tahun hadapan.Tidak perlu runsing dan risau kerana kalian telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk memegang amanah tersebut dan Allah S.W.T akan sentiasa ada bersama kalian. Carilah ilmu dan timbalah pengalaman sebanyak mungkin di dalam kelab ini yakni ilmu dan pengalaman yang tidak mungkin kalian akan dapat melalui pembelajaran kelas harian. Moga-moga tahun hadapan merupakan tahun yang lebih menyerlah dan bersinar bagi Steadfast, berbakti kepada diri, rakan taulan, masyarakat dan Agama.

Akhir kalam, jalankan tugasan kalian dengan baik dan semoga berjaya mengekalkan pencapaian Kelab Steadfast di masa-masa yang akan datang.



Steadfast Club Annual Grand Dinner 2015 bertemakan The Garden of Memories

STEADFAST SONG
Kami fasilitator Islam
Membawa amanah berbakti kepada semua
Tarbiah dan dakwah agenda utama
Membawa masyarakat kepada kebaikan


Kumpulan fasilitator
Menyeru dan menyampai 
Apa yang baik dijadikan panduan
Peribadi terpimpin ukhuwah pun terjalin
Membawa sinar kepada semua


S.t.e.a.d.f.a.s.t s.t.e.a.d.f.a.s.t
Sucikanlah dirimu s.t.e.a.d.f.a.s.t
Dan serulah yang lain s.t.e.a.d.f.a.s.t
Demi Islam tercinta s.t.e.a.d.f.a.s.t

Bersama berkhidmat dan berjasa
Menyampaikan ilmu di dada
Untuk diri, rakan taulan, masyarakat & agama


Kami bergerak seiringan
Teguhkan iman tingkatkan ilmu di dada
Sucikan hati dan jiwa 
Menyeru kepada semua
Berkorban masa harta dan tenaga


Yang Menjalankan Tugas.


Rizzan
(Rizzan bin Mohamed Mokhatar)



HAPPY HOUR @ HOSPITAL KUALA LUMPURby STEADFAST CLUB UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA


((By Bureau Spectra, in collaboration with Bureau Outreach))
Alhamdulillah program "Happy Hour" ini telah berjalan dengan lancar. Para sukarelawan Steadfast telah turun padang mengunjungi Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menggembirakan hati kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam wad.
Beberapa aktiviti telah dijalankan bersama adik-adik termasuk aktiviti "Hospital Tour" yang diadakan di sekitar wad kanak-kanak. 

Sedikit perkongsian pengajaran yang diperoleh pada hari ini, janganlah kita lupa untuk melafazkan rasa syukur dan berterima kasih pada Ilahi atas nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh-Nya kepada kita hingga detik ini. Saat kita merasai kesusahan, ingatlah sesungguhnya ramai lagi orang di luar sana yang tidak bernasib baik seperti kita.

Disediakan oleh,
Farah
(Farah Wahida)












STEADFAST School Project (SCHOJECT): Sekolah Agama Menengah Selisik (SAMSES), 
PROGRAMME: AN INTRODUCTION TO International Islamic University Malaysia,Gombak (IIUM) AND MOTIVATIONAL PROGRAMME. 
Masa: 3 Oktober 2015
Programme Manager - AMIRUL HAKIM 
Head Facilitator - Syamsul Kamal
Cohead Facilitator - Ummur Radhiah Hussin
Career Talk By - Raja Hazwan.
Tahniah kepada semua komiti dan fasilitator yang telah menjayakan program.


Disediakan oleh:

Farah Hani
(Farah Hani Fathil)






















Selamat Datang ke Steadfast Family, New Intake seramai 185 orang.
Brought to you by Gemuda (13 October 2015) 
Terima kasih kepada semua ahli Steadfast (Pelapis, Peneraju, Main Board and Executive Committee, Team of Trainers, Alumni) yang sudi hadir dan memeriahkan program Ohana Night 7.0 yang bertempat di salah satu kelas Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law (AIKoL) dari jam 9.00 hingga 11.00 malam.