PHOTOSHOOT DAY

Pada 24 Februari telah berlangsungnya sesi fotografi "MBEXCO" bermula dari jam 9 malam hingga 11.15 malam.

9-9.10             Info
9.10-9.20        ENS
9.20-9.30        Spectra
9.30-9.40        R&D
9.40-9.50        HRM
9.50-10           Outreach
10-10.10          Sendi
10.10-10.20     Gemuda
10.20-10.30     FC
10.30-10.40     SU
10.40-10.50     TOT
10.50-11.15     VP1,2, Pres

Sesi fotografi ini telah dikendali oleh Brother Zainul Athari Shafie. Pemakaian bagi MBEXCO lelaki ialah Kameja Putih, tie maroon, blazer dan kasut kulit hitam manakala pemakaian bagi MBEXCO perempuan ialah Tudung Maroon, blazer dan kasut.

Konklusi bagi Photoshoot Day ini ialah semuanya kelihatan cantik dan bergaya pada malam tersebut. Alhamdulillah.









LAPORAN PROJEK SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUAYA
(13-15 FEBRUARI 2015)
Hari 1:
            Bertolak kira-kira pada pukul 10.30 pagi dari IIUM ke SK SG Buaya, para fasilitator dan komiti yang berjumlah dalam 25 orang, sampai ke SK Sg Buaya pada pukul 12 tgh hari. Dimulakan hari di situ dengan berkenal-kenalan dengan guru di situ, seterusnya, aktiviti kendiri(lelaki menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan). Setelah semua berkumpul kira-kira pukul 2.45, semua fasilitator dan komiti bersedia untuk aktiviti pertama, di mana fasilitator berkumpul di dewan dan para komiti menjalankan aktiviti pendaftaran.
            Aktiviti suai kenal telah dijalankan setelah semua  pelajar telah berkumpul di dewan. Para pelajar dan fasilitator serta komiti telah menjalankan solat Asar berjemaah di dewan tersebut dan seterusnya aktiviti ice breaking disambung sehingga pukul 6.40. Kemudian, para pelajar makan malam bersama para fasilitator seterusnya bersiap diri untuk aktiviti malam iaitu solat berjemaah, tazkirah oleh abang Hazwan serta aktivi Latihan Dalam Kumpulan(LDK) “Wahh Pereka Ciliklah”. Aktiviti tersebut telah menyerlahkan bakat adik-adik dalam menghasilkan pelbagai jenis fesyen pakaian, dengan kumpulan pertama yang diselia oleh Abg Hazwan dan Kak Farah mencatat keputusan mata tertinggi bagi hari pertama. Aktiviti tersebut agak kucar - kacir apabila adik - adik mula menunjukkan minat mereka terhadap aktiviti praktikal.
            Kesimpulan dari hari pertama yg dicatatkan ketika taklimat fasilitator adalah keadaan adik-adik agak tidak terkawal apabila masing-masing pelaar dalam setiap kumpulan menjadi agak nakal dan bising. Walaupun ketua fasilitator Abg Rizzan serta Kak Ecah menyelia aktiviti tersebut dengan baik, namun keadaan dalam dewan ketika itu masih bising. Dalam masa itu juga, aktiviti Burung Hantu juga telah dijalankan walaupun tidak dirancang. Aktiviti ini adalah untuk memberi sedikit pengajaran supaya mereka menjaga adab dan tatacara untuk hari seterusnya. Dalam taklimat fasilitator juga, kebanyakan nasihat telah diberi kepada fasilitator terutama kepada yang masih berjinak dalam dunia fasilitator. Nasihat berguna ini datangnya dari semua terutama Kak Humaira dan Kak Ira yg merupakan Team Of Trainers (ToT) bagi proram ini. Selain itu cadangan bernas dari Abg Hazwan juga yg menyarankan Ketua Fasilitator agar sedikit tegas dari sebelumnya. Aktiviti tamat sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi. Kemudian para fasilitator bersurai setelah mengambil minum malam.
            Hari kedua bermula baik dengan Qiamullail dan subuh berjemaah. Sebelum menikmati sarapan pagi, adik-adik diberi sedikit aktiviti riadah untuk kecergasan menghadapi hari kedua. Slot LDK seterusnya agak terkawal dan seterusnya adik-adik terus bersemangat meneruskan aktiviti Explorace, yang memberikan sedikit lelah dan penat kepada abang dan kakak fasi mereka. Aktiviti LDK seterusnya, iaitu Kapal Terbangku, berjalan dengan baik disamping pada ketika itu, kumpulan dan fasilitator dapat memberi lebih motivasi dalam bentuk yang santai, yang dikira amat berkesan. Riadah petang pula yang dikendalikan oleh abang Zarriq dan fasilitator lain dengan aktiviti belon air pula amat menyeronokkan. Di samping kembali memberi sedikit kecerdasan untuk menghadapi malam hari. Setelah selesai Solat berjemaah Magrib, Isyak dan serta tazkirah ringkas oleh Ustaz SK SG Buaya sendiri, Recall telah dijalankan. Recall kali ini amat berkesan bukan sahaja pada adik-adik, malah ada abang dan kakak fasi turut tersentuh dengan Recall kali ini, membuatkan Recall kali ini mencapai objektif dan sangat berjaya. Malah pada Taklimat fasilitator hari kedua juga, banyak kesan yang baik boleh dilihat, selain juga cadangan serta teguran diberikan untuk menghadapi hari ketiga, dan juga projek seterusnya.
            Hari ketiga, bermula dengan baik setelah solat Subuh berjemaah, aktiviti riadah ringkas turut dijalankan yang diketuai oleh Abang Ssyamsul. Setelah LDK dijalankan pada hari ketiga, adik-adik serta para fasilitator bersedia untuk Majlis penutupan program. Majlis penutupan program telah dipengerusikan oleh Abang Hazwan, dan dirasmikan penutupan oleh Guru Besar sekolah tersebut, Pn Hajah Rohanah Mokhtar. Pn Hajah Rohanah telah menyampaikan amanat yang penting untuk adik-adik serta meletakkan harapan yang tinggi untuk adik-adik untuk berjaya pada masa hadapan, terutamanya pada UPSR yg mendatang. Adik-adik turut diberikan hadiah saguhati pada majilis penutupan serta penyampaian sijil kepada semua fasilitator yang terlibat daripada pihak sekolah. Majlis penutupan  tersebut berjalan dengan lancar. Program tamat kira-kira pada pukul 12.15 tengah hari.
            Kesimpulan dari program ini, banyak ilmu baru telah disampaikan disamping para fasilitator juga telah belajar banyak dari adik-adik itu sendiri. Tidak lupa juga Ustaz dan para cikgu sekolah tersebut yang sangat membantu sepanjang program berlangsung.

Dilaporkan oleh:
               RIZAL
Mohammad Shahrizal bin Zoljefry


‪#‎SteadfastIIUM
‪#‎Since1991
Facebook Steadfast Club: Steadfast IIUM Official
Blog Steadfast Club: 
http://steadfastiium.blogspot.com/








LAPORAN PROJEK SEKOLAH  KELAB STEADFAST
Pada 13 - 15 Februari 2015 yang lalu, warga kelab Steadfast Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekali lagi diberi kesempatan untuk menjayakan satu program sekolah bersama adik-adik tingkatan dua dan tiga yang bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI) Sabak Bernam. Program pada kali ini menampilkan sedikit kelainan kerana program tersebut membawa tema 'English In Camp'. Hal ini dikatakan demikian kerana ia merupakan kali pertama buat kelab Stedfast (UIAM) menjalankan program sekolah bertemakan english camp. Bilangan peserta yang menyertai kem ini adalah seramai 160 orang pelajar SBPI Sabak Bernam, 23 orang ahli kelab Steadfast IIUM, dan juga beberapa orang alumni sekolah tersebut.
Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu boleh dikatakan telah berjaya dalam pelaksanaannya walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku. Para pelajar yang terlibat dikehendaki berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sepanjang kem berlangsung. Beberapa modul juga telah di jalankan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan di samping melatih para peserta untuk berasa yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Program tersebut turut mempunyai slot 'Explorace' yang mempunyai 8 checkpoint di mana setiap checkpoint mempunyai elemen-elemen terpenting dalam pembelajaran bahasa Inggeris seperti prefixes, idioms, expressions, and spell it right. Daripada sesi Explorace tersebut, maklum balas yang diterima dari para pelajar adalah sangat memberangsangkan.
Akhir sekali, program pada kali ini mampu menjadi batu loncatan kepada kelab Steadfast untuk lebih bersedia dan tersusun untuk menjalankan English Camp pada masa hadapan.


Disediakan oleh
      wani
(Syazwani Zamri)


#SteadfastIIUM
#Since1991
Facebook Steadfast Club: Steadfast IIUM Official

Blog Steadfast Club: http://steadfastiium.blogspot.com/


















LAPORAN PROGRAM KELAB STEADFAST “PROPOSAL DAY”

Pada 13 Febuari 2015, Kelab fasilitator Steadfast telah menjalankan program Proposal Day bertempat di bangunan Human Sciences. Program tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiran para peserta dan penganjur program seramai 25 orang.  Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesulitan apabila ramai peserta yang hadir lambat berikutan kelas pada waktu yang sama. Oleh itu, pihak penganjur terpaksa menanti peserta dan memulakan program sedikit lewat. Para peserta yang awal telah diberi sarapan pagi terlebih dahulu sementara menanti.Program dimulakan secara rasmi pada pukul 9.30 pagi dengan kehadiran Presiden kelab Steadfast.

Selepas semua peserta telah mengambil tempat masing masing, pengacara majlis, Ummur Radhiah telah memulakan majlis dengan bacaan Al- Fatihah. Usai bacaan Al- Fatihah, Presiden kelab Steadfast, Muhammad Shaifuddin telah dijemput ke hadapan untuk memberikan ucapan beliau. Ucapan beliau sedikit sebanyak menyentuh tentang kepentingan menjalankan program Proposal Day sebagai medan untuk melatih ahli Steadfast teknik- teknik yang betul dalam membuat laporan program- program Steadfast. Ucapan beliau berlangsung selama 10 minit dan kemudian menyerahkan majlis kepada pihak penganjur.

Selesainya ucapan Presiden kelab Steadfast, program diserahkan kepada bendahari kelab Steadfast iaitu Muhammad Firdaus. Program diteruskan dengan penerangan dari beliau berkaitan cara yang betul untuk menyiapkan ‘proposal’ sebelum berlangsungnya program Steadfast. Selepas memberi penerangan, beliau memberi masa kepada peserta untuk membuat sedikit latihan tentang pengisian borang laporan kewangan.

Program diteruskan lagi dengan sesi bersama setiausaha kelab Steadfast, Amirah Syakirah. Beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang penulisan laporan untuk program Steadfast kepada para peserta. Seterusnya, sesi soal jawab bersama peserta dilkukan supaya peserta dapat mengutarakan ketidakfahaman mereka. Pada pukul 11.30 pagi, program telah sampai ke penghujung. Akhir sekali, para peserta dan ahli komiti bergambar bersama untuk mengabadikan kenangan mereka semasa program ini. Selesai bergambar, semua peserta bersurai.

Dilaporkan Oleh,                                                                                      16 Februari 2015
Farah Hani 

(FARAH HANI BT MOHAMED FATHIL)