Bertemu Presiden UIA

by 8:35 AM 0 comments

assalamualaikum..nak tahu tak?? pada 27 april baru2 ni, STEADFAST diberi peluang mewakili CENSERVE team untuk menghadiri sessi bertemu Presiden UIA iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan..5 orang wakil STEADFAST yang terpilih ialah, izzati sapperi, farhana salim, syazwani yusof, qurratu aini, dan wahidah hashim..



Selain daripada CENSERVE team, SRC, MRC, Airforce, Suksis, serta Cultural Unit turut bersama menyertai aktiviti ini.. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di UIA, atau lebih tepat lagi luahan perasaan pelajar-pelajar UIA yang mengalami dilema. Antara isu yang dibangkitkan dalam sessi itu ialah masalah monyet n anjing liar yang sering berkeliaran di UIA, STAR system, kekurangan bilik latihan, dan pelbagai lagi. Selain presiden, Rector dan Deputy Rector turut bersama merungkai dilema yang di lalui oleh pelajar mereka sendiri.

Selesai sessi perbincangan, kami dijamu dengan hidangan tengahari. Alangkah terujanya farhana dan izzati kerana mereka di beri peluang untuk makan semeja dengan Presiden, Rector serta Deputy Rector UIA..

Begitulah sedikit cerita yang terbaru mengenai aktiviti STEADFAST sewaktu short semester ini disamping sibuk untuk menguruskan program baktisiswa.. Ucapan "good luck" pada Committee yang akan mengadakan perbincangan pertama bersama JKKK kampung Sungai Rebat, Teluk Intan, Perak pada 2 mei ini.. Semoga semua urusan berjalan lancar.. amin...:)

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: