Seusai tiba di tempat penginapan, kami terus diberi taklimat ringkas mengenai program oleh Ustazah Nabilah, merangkap Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Puteri. Selesai taklimat, kami menjamah sedikit makanan yang disediakan. Tepat jam 12 mlm, masing-masing bersiap sedia untur tidur kerana kami perlu bangun awal dan bertolak ke SK Puteri seawal jam 6.30 pagi. Sememangnya ahli-ahli Steadfast merupakan individu-individu yang terbaik, profesional dalam menjalankan amanah dan berdisiplin. Tepat jam 6.30 pagi keesokannya, mereka telah bersiap sedia untuk bertolak ke SK Puteri. Ini juga menunjukkan betapa semangatnya mereka ingin menabur bakti dan membantu adik-adik dalam mencapai kejayaan yang cemerlang baik dari segi akademik mahupun agama.
Kem Smart Solat bermula tepat jam 7.30 dengan pendaftaran pelajar-pelajar. Kemudian diteruskan dengan upacara perasmian oleh Guru Besar SK Puteri pada jam 8 pagi. Di dalam ucapan beliau, Guru Besar amat mengalu-alukan kehadiran para fasilitator Steadfast IIUM kerana ini merupakan kali pertama pihak sekolah mengadakan kolaberasi bersama pihak luar bagi menjayakan program mereka. Kami juga dimaklumkan bahawa kemungkinan besar program ini akan disiarkan di akhbar Sinar Harian edisi Selatan. Semasa upacara perasmian itu juga, salah seorang daripada kami iaitu saudara Zulfalihin, diberi penghormatan untuk membacakan do'a bagi memberkati majlis. Tanggungjawab sebenar kami sebagai pemudah cara kepada adik-adik bermula sebaik sahaja tamat upacara perasmian. Slot pertama merupakan slot tayangan video mengenai perkara-perkara berkaitan wuduk dan solat. Slot ini dikendalikan oleh ketua fasilitaor iaitu saudari Nurun Najat dan dibantu oleh fasilitator yang lain.
Sejam kemudian, kem tersebut diteruskan dengan slot kedua iaitu slot Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK). Sebelum ke LDK, para pelajar diagihkan kepada 14 kumpulan, di mana satu kumpulan terdiri daripada 20 orang pelajar dan 2 orang fasilitator. Bagi LDK 1 adik-adik didedahkan mengenai perkara-perkara di dalam solat dan bacaan secara amali. Setengah jam selepas berehat, kem tersebut disambung dengan slot terakhir iaitu LDK 2 dimana adik-adik diberi bimbingan secara praktikal mengenai cara menunaikan solat dengan betul. Para fasilitator juga telah membuat penilaian awal terhadap tahap penguasaan para pelajar mengenai solat untuk rujukan guru-guru dalam mengambil langkah selanjutnya bagi memantapkan ilmu solat di kalangan para pelajar.
Sebelum berangkat pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dengan adik-adik dan pihak urusetia Sk Puteri.
Akhir kalam...Jutaan terima kasih dan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada 25 orang ahli Steadfast yang berjaya menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam menyertai program ini. Tidak dilupakan juga ucapan jutaan tahniah kepada committee yang terlibat. Good Job! Kepada senior-senior yang banyak membantu, syukran jazilan. Barakallah lakum.
1 comments:
bestkan masa hati tu
Post a Comment