Pada 13 February 2016 telah berlangsungnya sesi fotografi MBEXCO bermula jam 9.00 malam hingga 11.15 malam.

9.00pm-9.10pm             Info
9.10pm-9.20pm             ENS
9.20pm-9.30pm             Spectra
9.30pm-9.40pm             R&D
9.40pm-9.50pm             HRM
9.50pm-10.00pm          Outreach
10.pm-10.10pm            Sendi
10.10pm-10.20pm        Gemuda
10.20pm-10.30pm        FC
10.30pm-10.40pm        SU
10.40pm-10.50pm        TOT
10.50pm-11.15pm         VP1,VP2, Presiden

Sesi fotografi ini telah dikendali oleh Brother Zainul Athari Shafie. Pemakaian bagi MBEXCO lelaki ialah Kameja Putih, tie maroon, blazer dan kasut kulit hitam manakala pemakaian bagi MBEXCO perempuan ialah Tudung Maroon,Skirt hitam/baju kurung hitam/jubah, blazer dan kasut hitam.
Peralatan yang digunakan ialah satu kamera DSLR,dua ‘speedlite’ dan tiga ‘tripod’.

Konklusi bagi Photoshoot Day ini ialah sesi fotografi berjalan dengan lancar dan semuanya kelihatan cantik dan bergaya pada malam tersebut. Alhamdulillah.




By:#INFO002

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T, pada 25-29 Januari 2016 yang lepas, SET'16 (Steadfast Enhancement Training) telah berjaya diadakan di Berhulu Camp, Ulu Jempol, Negeri Sembilan. Tujuan SET diadakan adalah untuk membina jati diri dan mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli Steadfast yang mana terdiri daripada berlainan biro dan batch.



Pada pukul dua petang (25hb Januari 2016), pendaftaran telah dibuka dan para peserta telah  dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Pihak komiti yang bertugas telah memberikan penerangan tentang perjalanan program dan seterusnya setiap kumpulan diberikan tugasan dan wang sejumlah RM60 untuk membeli barang-barang memasak sepanjang Set berlangsung. Mereka diberikan sepenuh pelepasan untuk memilih tempat untuk membeli bahan-bahan masakan namun mereka perlu berkumpul di UIA sebelum pukul 6.30 petang.


Pada hari kedua, para peserta diminta berkumpul di “business compound” pada pukul 8.30 pagi dan diberikan sarapan sebelum memulakan aktiviti mereka yang pertama.  Pada jam 9.00 pagi, explorace telah dijalankan di sekitar UIA dan telah tamat pada pukul 12 Tengahari.  Setelah selesai makan tenghari dan solat Zohor, para peserta dan komiti telah bergerak ke Berhulu Camp pada jam 3.00 petang dan tiba ke destinasi pada pukul 6.00 petang. Setelah diberi penerangan oleh pihak kem, para peserta diminta untuk memasang khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Selepas solat jamak maghrib isyak secara berjemaah, Biro Dakwah dan Tarbiah (DnT) telah menjalankan sesi “Stage Fright”. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mencabar diri para peserta untuk berkeyakinan bercakap dihadapan umum. Selesai sesi tersebut, para peserta diminta untuk berkumpul bagi aktiviti seterusnya iaitu Night Jungle Tracking yang dikelola oleh pihak kem. Aktiviti ini telah melahirkan rasa syukur kepada para peserta atas nikmat deria penglihatan yang diberikan Allah. Hal ini demikian kerana, sepanjang perjalanan di dalam hutan, para peserta hanya ditemani oleh cahaya bulan dan situasi yang gelap ini telah menyebabkan para peserta perlu lebih berhati-hati dan peka agar tidak berlaku sebarang kemalangan. Di samping itu, aktiviti ini telah memupuk semangat kerjasama berkumpulan dan juga kesabaran memandangkan para peserta perlu memegang tangan antara satu sama lain dan memberikan maklumat dengan jelas bagi memastikan perjalananan mereka lancar dan selamat.





Pada keesokan harinya, selepas solat subuh berjemaah dan bersarapan, aktiviti Jungle Tracking telah dijalankan dan pada kali ini mereka diperkenalkan dengan pokok-pokok yang terdapat di dalam hutan antaranya pokok cengal, meranti, Janggut Adam dan Kekatung Sepasang Kasut. Sebelum pulang ke tapak perkhemahan, para peserta telah dibawa ke ‘punca air’ dan dapat merasa sendiri kejernihan air tersebut. Seterusnya, pada pukul 2.00 petang, para peserta telah disajikan dengan aktiviti yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal, di mana mereka telah diberikan masa selama 40 minit untuk menyelesaikan 10 halangan berlumpur. Selain mencabar mental dan fizikal, aktiviti tersebut juga  bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Setelah bermandi peluh pada siang hari, para peserta direhatkan dengan aktiviti yang lebih santai pada sebelah malam dengan bermain bingo yang dimana setiap kumpulan perlu menyusun strategi yang padu bagi memenangi permainan tersebut.



Seterusnya pada hari keempat, para peserta berkumpul pada jam 8.30 pagi untuk aktiviti ‘outdoor’ yang terakhir iaitu Team Building. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mencabar kecerdasan mental dan fizikal dan para peserta perlu mengembleng tenaga bagi menyelesaikan ketiga-tiga permainan iaitu Paipku Sayang, Tasik Beracun dan Jurus Seribu. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana kekangan waktu. Para peserta seterusnya diminta untuk bergegas berkumpul di dewan bagi sesi ‘sharing moment’ bersama alumni steadfast. Mereka telah berkongsi pengalaman sepanjang penglibatan mereka dalam kelab Steadfast dan bagaimana Steadfast telah membantu mereka terutamanya dari segi ‘soft skills’ yang sangat berguna untuk kerjaya mereka. Mereka juga sangat menggalakkan para peserta untuk kekal dalam Steadfast walau tidak lagi bergelar mahasiswa dan terus memegang slogan kelab iaitu “Purify Yourself and Preach Others”. Kemudian untuk aktiviti seterusnya, para peserta diminta berada dalam kumpulan masing-masing. Mereka diminta untuk membuat kipas daripada kertas dan menulis kelebihan dan kelemahan diri setiap ahli kumpulan. Tujuan modul ini adalah untuk berkongsi pendapat setiap ahli kumpulan di samping memberikan semangat dan dorongan untuk memperbaiki diri masing-masing.  Seterusnya, tibalah hari yang dinantikan iaitu Malam Kebudayaan. Pada malam tersebut para peserta telah menunjukkan bakat masing-masing secara berkumpulan. Terdapat kumpulan yang berlakon, menyanyi dan tak lupa juga berpuisi. Secara kesuluruhan, Malam Kebudayaan SET’16 telah berlangsung dengan jayanya di samping itu diselitkan sesi tukar hadiah antara peserta.


Pada hari terakhir SET’16, hari para peserta dimulakan dengan Qiamullail dan solat Subuh berjemaah dan kemudiannya para peserta berkumpul selepas sarapan untuk Majlis Penutup. Sesi ‘sharing moment’ daripada ahli-ahli Steadfast yang bakal menamatkan pelajaran di UIA  telah berlangsung dan juga sesi penyampaian hadiah penghargaan kepada para peserta sekaligus menandakan berakhirnya Set ‘16 yang diadakan di Berhulu Camp, Negeri Sembilan.  


Konklusinya, SET'16 berjalan dengan lancar dan para peserta hendaklah mengambil input dari set ini agar dapat dipraktikkan di dalam kehidupan masing-masing.

Ucapan Program Manager bagi Steadfast Enhancement Training 2016.

By:#INFO023








The details of the programme as stated below:

Introduction day - 22st January 2016 (Friday)
To familiarize everyone with the new working environment and team members. Today, break the ice around your body,unlock the chain in your tongue.Lets talk! They want to know more about you!
·         Taaruf with all the working committes and new elected MBEXCO
·         Sharing moment with Ex-President and New President 2016 + Q&A Session
·         Briefing by BUDI Officer

Knowledge Day - 23rd January 2016 (Saturday)
Today, try to be like water at the sea, It absorbs everything. Alumni will come to facilitate on improving your skill of management and knowledge. What is management?How to lead others? How to conduct meeting? Etc…
·         SWOT Analysis
·         PLOC
·         Team Building
·         Management Training
·         Rules & Regulation


Strategic Planning Day - 24th January 2016 (Sunday)
Plan the future together by setting a main goal for 2016 and develop a mission on how to achieve that goal. Present your ideas to the others in your best form. Today is the day to brainstorm, debate, rationalized and making the final decision TOGETHER.
·         Presentation & proposed programs by each bureau.
·         Key Performance Indicator (KPI) setting of each bureau
·         Almanac Discussion
·         Recreation & Team Building
·         Wrap up & conclusion





By: #INFO002





Main Board & Executive Council Steadfast Club Tenure 2014/2015
Berakhirnya Annual General Meeting dan Annual Grand Meeting pada 12hb Disember 2015,
maka berakhir juga tugasan dan jawatan Main Board & Executive Council Tenure 2014/2015 Kelab Steadfast Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

SEKALUNG PENGHARGAAN
Tahniah kepada yang masih memegang jawatan dan tahniah juga kepada yang telah dipilih untuk menggantikan tempat dan jawatan Tenure 2014/2015 untuk tahun hadapan.Tidak perlu runsing dan risau kerana kalian telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk memegang amanah tersebut dan Allah S.W.T akan sentiasa ada bersama kalian. Carilah ilmu dan timbalah pengalaman sebanyak mungkin di dalam kelab ini yakni ilmu dan pengalaman yang tidak mungkin kalian akan dapat melalui pembelajaran kelas harian. Moga-moga tahun hadapan merupakan tahun yang lebih menyerlah dan bersinar bagi Steadfast, berbakti kepada diri, rakan taulan, masyarakat dan Agama.

Akhir kalam, jalankan tugasan kalian dengan baik dan semoga berjaya mengekalkan pencapaian Kelab Steadfast di masa-masa yang akan datang.



Steadfast Club Annual Grand Dinner 2015 bertemakan The Garden of Memories

STEADFAST SONG
Kami fasilitator Islam
Membawa amanah berbakti kepada semua
Tarbiah dan dakwah agenda utama
Membawa masyarakat kepada kebaikan


Kumpulan fasilitator
Menyeru dan menyampai 
Apa yang baik dijadikan panduan
Peribadi terpimpin ukhuwah pun terjalin
Membawa sinar kepada semua


S.t.e.a.d.f.a.s.t s.t.e.a.d.f.a.s.t
Sucikanlah dirimu s.t.e.a.d.f.a.s.t
Dan serulah yang lain s.t.e.a.d.f.a.s.t
Demi Islam tercinta s.t.e.a.d.f.a.s.t

Bersama berkhidmat dan berjasa
Menyampaikan ilmu di dada
Untuk diri, rakan taulan, masyarakat & agama


Kami bergerak seiringan
Teguhkan iman tingkatkan ilmu di dada
Sucikan hati dan jiwa 
Menyeru kepada semua
Berkorban masa harta dan tenaga


Yang Menjalankan Tugas.


Rizzan
(Rizzan bin Mohamed Mokhatar)