USRAH LINNISA' DAN BROTHERHOOD

by 12:41 AM 0 comments



Assalamualikum,
Pada 25 Februari 2016, Usrah Linnisa' telah diadakan pertama kalinya bagi tenure 2015/2016. Apa itu usrah Linnisa'? Usrah Linnisa' adalah majlis santapan rohani untuk bidadari-bidadari Steadfast dimana mereka akan berkumpul bersama-sama untuk majlis perkongsian ilmu. Bukan bidadari Steadfast sahaja yang ada usrah Linnisa', bidadara Steadfast juga ada usrah tetapi dikenali sebagai usrah Brotherhood. Seiring dengan moto Steadfast iaitu 'Aslih Nafsak Wad'u Ghairak', ahli Steadfast hendaklah sentiasa dipenuhi dengan makanan rohani dan ilmu pengetahuan agar dapat bersedia untuk menempuh segala dugaan dan cabaran sebagai seorang pendakwah. Disamping itu, usrah Linnisa' dan Brotherhood juga merupakan salah satu medium untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli Steadfast. Bila usrah Linnisa' dan Brotherhood dijalankan? Usrah Linnisa' diadakan sekali sebulan, manakala usrah Brotherhood pula diadakan pada setiap hari Jumaat. 

Diharap agar semua ahli Steadfast dapat meluangkan masa menghadiri majlis perkongsian ilmu dan sedikit sebanyak dapat menambah makanan rohani bukan menambah makanan fizikal sahaja :) Akhir sekali, selamat maju jaya semua!

Usrah Brotherhood
Sesi Ta'aruf
Antara aktiviti usrah Linnisa', "Penanda Hati"
Bidadari Steadfast bersemangat membuat "Penanda Hati" 
"Penanda Hati"

By:#INFO023

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: