by 10:27 AM 0 comments

Main Board & Executive Council Steadfast Club Tenure 2014/2015
Berakhirnya Annual General Meeting dan Annual Grand Meeting pada 12hb Disember 2015,
maka berakhir juga tugasan dan jawatan Main Board & Executive Council Tenure 2014/2015 Kelab Steadfast Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

SEKALUNG PENGHARGAAN
Tahniah kepada yang masih memegang jawatan dan tahniah juga kepada yang telah dipilih untuk menggantikan tempat dan jawatan Tenure 2014/2015 untuk tahun hadapan.Tidak perlu runsing dan risau kerana kalian telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk memegang amanah tersebut dan Allah S.W.T akan sentiasa ada bersama kalian. Carilah ilmu dan timbalah pengalaman sebanyak mungkin di dalam kelab ini yakni ilmu dan pengalaman yang tidak mungkin kalian akan dapat melalui pembelajaran kelas harian. Moga-moga tahun hadapan merupakan tahun yang lebih menyerlah dan bersinar bagi Steadfast, berbakti kepada diri, rakan taulan, masyarakat dan Agama.

Akhir kalam, jalankan tugasan kalian dengan baik dan semoga berjaya mengekalkan pencapaian Kelab Steadfast di masa-masa yang akan datang.



Steadfast Club Annual Grand Dinner 2015 bertemakan The Garden of Memories

STEADFAST SONG
Kami fasilitator Islam
Membawa amanah berbakti kepada semua
Tarbiah dan dakwah agenda utama
Membawa masyarakat kepada kebaikan


Kumpulan fasilitator
Menyeru dan menyampai 
Apa yang baik dijadikan panduan
Peribadi terpimpin ukhuwah pun terjalin
Membawa sinar kepada semua


S.t.e.a.d.f.a.s.t s.t.e.a.d.f.a.s.t
Sucikanlah dirimu s.t.e.a.d.f.a.s.t
Dan serulah yang lain s.t.e.a.d.f.a.s.t
Demi Islam tercinta s.t.e.a.d.f.a.s.t

Bersama berkhidmat dan berjasa
Menyampaikan ilmu di dada
Untuk diri, rakan taulan, masyarakat & agama


Kami bergerak seiringan
Teguhkan iman tingkatkan ilmu di dada
Sucikan hati dan jiwa 
Menyeru kepada semua
Berkorban masa harta dan tenaga


Yang Menjalankan Tugas.


Rizzan
(Rizzan bin Mohamed Mokhatar)

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: