Assalamualaikum..
apa khabar semua?? macam mana dengan exam lepas? semoga kita mendapat keputusan yang cemerlang dan lebih baik dari sem-sem lepas.. ameeennn..
seronok betul bila baca komen-komen dekat cbox sebelah ni.. nampak macam semua orang tak sabar je nak pegi program.. semangat inilah yang kita cari... memang tak salah steadfast memilih anda semua..
sebagai peringatan, sukalah untuk saya nyatakan disini beberapa perkara.. antaranya:
- bermula 21 November 2009, anda semua diminta tiba TEPAT pukul 8.00 pagi di Convest Hill, UIA.. ingat ye, TEPAT 8.00pagi. PUKUL 8.00pagi.
- peralatan yang perlu anda bawa ketika perjumpaan di Convest Hill adalah, wang saku dalam lingkungan RM10, sedikit minuman air mineral (jika mahu) dan, pastikan anda berpakaian bebas yang menutup aurat.. memakai pakaian sukan adalah sangat2 digalakkan..
- kad pengenalan, lesen memandu(jika ada), matric kad dan segala dokumen yang difikirkan sesuai perlulah di bawa bersama..
- aktiviti seterusnya akan diberitahu kemudian.. (setibanya anda semua disana nanti)
perkara-perkara dibawah ini adalah antara perkara-perkara yang anda semua perlu sediakan:
- sediakan pakaian yang secukupnya untuk program camping 2 hari 1 malam.
- sediakan juga 1 hadiah yang berharga RM5 keatas. Hadiah ini akan digunakan untuk permainan petukaran hadiah yang akan dijalan kan di Janda Baik nanti.
- sila sediakan perkakas memasak, ie pisau, dapur
- anda diminta membawa sendiri pinggan,mangkuk, sudu, cawan sendiri.. organiser tidak akan bertanggungjawab jika anda terpaksa makan menggunakan daun pisang.. hehe
- bawa juga bersama ilmu memasak.. (sempat lagi nak guna talian hayat untuk calling ibu-ibu dirumah)
peringatan terakhir, dimana saja kita berada, tingkah laku, kesopanan, kesusilaan, tutur kata dan juga pergerakan hendaklah dipertimbangkan.. ini demi menjaga martabat STEADFAST amnya, dan juga martabat UIA dan Islam khususnya
terima kasih, sebarang masalah, atau persoalan, bolehlah diajukan kepada pihak organiser dengan menghubungi, Kak Ada, Kak Aton, Abang Fahmi atau Wani dengan kadar segera..
0 comments:
Post a Comment