Tuesday, December 29, 2009

Induction Course Tenure 2009/2010

Pada 25 dan 26 disember 2009, bertempat di FRIM, Kepong dan UIA, STEADFAST (TOT dan Main Board) telah mengadakan Induction Course bagi tenure baru session 2009/2010. Aktiviti ini diadakan selama 2 hari ini. Aktivit sepanjang 2 hari ini adalah seperti berikut:


25 Disember 2009 (Jumaat)

Bermula pada jam 8 malam, kesemua Main Board dan Exco telah berkumpul di Female Musolla, AIKOL Level 3. Aktiviti dimulakan dengan 'Ice Breaking' supaya peserta dapat mengenali ahli-ahli EXCO yang lain. Selepas 'ice breaking', solat isyak berjemaah berimamkan Zulfalihin, Vice President 1. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan mendengar tazkirah yang diberikan oleh tetame undangan, Bro. Khairulzain Abdul Rahman dari SDEV. Beliau bercakap berkenaan 'Soft Skill' yang perlu ada pada kesemua ahli Steadfast dan juga graduan lepasan universiti. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan Fizi, selaku treasurer Steadfast bercakap mengenai tugasnya (claim, reimburst, report, etc). Kemudian, Luqman pula meneruskan acara dengan membicangkan mengenai tugas-tugas bagi setiap biro dan juga main board. Aktiviti kemudian berakhir pada jam 11 malam, dengan nyanyian lagu STEADFAST dan juga lagu Induction Course, Semangat yang hilang.


26 Disember 2009 (Sabtu Pagi)

Seawal jam 7 pagi, semua EXCO telah berkumpul dihadapan tangga besar. Dengan menaiki 4 buah kereta dan motosikal, kami bergerak ke FRIM, Kepong dan tiba disana pada jam 8 pagi. Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi yang diketuai dengan Adi dan kemudian pocho-pocho. Kemudian, nyanyian lagu Steadfast. Aktiviti kemudian diteruskan lagi dengan "bagaimana membuat proposal dan report" dari karimah. kemudian, alumni, Bro. Niswan telah memberikan kata-katanya mengenai pengalaman dalam steadfast. Kemudian, kesemua menjamu nasi ayam dan menunaikan solat. Aktiviti bersambung dengan perbincangan almanac sepanjang tahun dan kemudian EXCO perlu berada didalam biro masing-masing dan membincangkan tentang SWOT. Keadaan waktu ini hujan lebat. aktiviti berakhir dengan nyanyian lagu STEADFAST.


26 Disember 2009 (Sabtu Malam)

Semua EXCO telah berkumpul di Econs Cafe. Ativiti Barbekue telah diadakan. pada waktu ini, kesemua EXCO dapat beramah mesra selepas seharian dalam induction course ini. Aktiviti berakhir pada jam 11 malam.

Antara rakaman yang sempat ditangkap:
















Wednesday, December 23, 2009

Salam Maal Hijrah

Assamualaikum semua ahli Steadfast..

Salam kembali ke semester baru. Semoga semuanya bersemangat dan akan terus bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti dalam mengejar cita-cita masing-masing. InsyaAllah. Di kesempatan ini, warga gerak kerja Steadfast ingin mengucapkan salam Maal Hijrah pada semua. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, dapat menyuntik semangat yang jitu dan padu dalam kita melaksanakan tanggungjawab dan tugas kita semua sebagai khalifah di bumi ini. InsyaAllah. Justeru, teruskan azam yang mungkin masih belum tercapai dalam tahun sebelumnya, ataupun mencapai azam yang baru dalam tahun ini. Semoga semua urusan kita dipermudahkan hendakNya.

Di bawah ini sedikit perkongsian mengenai puasa di bulan Muharram. Renung-renungkan dan selamat beramal ya semua.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan tersebut sebagaimana sabdanya,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam.” (HR. Muslim no. 1163)


Dari hadits di atas, Ibnu Rojab rahimahullah mengatakan, “Hadits ini dengan tegas mengatakan bahwa seutama-utamanya puasa sunnah setelah puasa di bulan Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, Muharram.” Beliau rahimahullah juga mengatakan bahwa puasa di bulan Muharram adalah seutama-utamanya puasa sunnah muthlaq. (Latho’if Ma’arif, hal. 36)

Namun yang kita ketahui bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak berpuasa di bulan Sya’ban bukan bulan Muharram. Bagaimana menjawab hal ini?

An Nawawi menjawab keraguan semacam ini dengan dua jawaban:

Pertama: mungkin saja Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui keutamaan berpuasa pada bulan Muharram di akhir hayat hidupnya.

Kedua: mungkin juga beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat udzur sehingga tidak bisa melakukan banyak puasa di bulan Muharram. Mungkin beliau banyak melakukan safar, sakit atau ada keperluan lainnya ketika itu. (Lihat Syarh Shohih Muslim, 4/185)

Bahkan dikatakan oleh Ibnu Rojab bahwa di antara salaf yang melakukan puasa di bulan Muharram sebulan penuh adalah Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Bashri. (Lihat Latho’if Ma’arif, hal. 36)

Puasa ‘Asyura’ Menghapus Dosa Setahun yang Lalu

Dari hari-hari yang sebulan itu, puasa yang paling ditekankan untuk dilakukan adalah puasa pada hari ‘Asyura’ yaitu pada tanggal 10 Muharram karena berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.

Abu Qotadah Al Anshoriy berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanyakan mengenai (keutamaan) puasa hari ‘Asyura. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

« يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ »

“Puasa ‘Asyura’ akan menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162)