Gembira, rindu, penat. Semuanya bercampur setelah tiba di muka bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kenangan selama 3 hari 3 malam meninggalkan satu memori indah di dalam hati ini.
Program kali ini melibatkan 4 trip kerana masing-masing mempunyai urusan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebelum menyertai program ini. Trip pertama seawal jam 12 pagi, kemudian disusuli dengan trip kedua jam 0230 petang, seterusnya jam 0630 petang, dan yang terakhir jam 12 pagi. Seramai 23 orang fasi bersedia untuk mendidik adik-adik di Sekolah Temenggung Abdul Rahman 1, Johor Bharu. Kem Kepimpinan ini melibatkan pelajar tahun 3, 4, 5, dan 6 yang menggalas jawatan sebagai pengawas, pembantu pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, serta ketua dan penolong ketua kelas yang berjumlah hampir 124 orang peserta.
Program secara rasmi bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 3 petang. Kelihatan semangat yang berkobar-kobar di dalam diri peserta untuk menyertai program ini. Mengikut perancangan, Kem Kepimpinan ini akan berjalan selama 3 hari 2 malam. Tetapi kita sekadar merancang dan hanya Dia yang menentukan segalanya. Kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Al-marhum Sultan Ismail pada jam 0715 malam menyebabkan program ini terpaksa di batalkan. Al-Fatihah......
Program berakhir jam 10 pagi pada 23 hb Januari 2010 setelah berakhirnya Majlis penutup. Pastinya terpancar rasa sedih dan terkilan di hati adik-adik, guru-guru, dan juga para fasilitator kerana tidak dapat meneruskan program ini hingga keakhirnya. Walaubagaimanapun, kami memperoleh satu pengalaman yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Sessi re-call yang dikendalikan oleh Tuan Zul selaku Camp Commander ternyata mampu menjentik hati adik-adik berkenaan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak, pelajar serta pemimpin. Titisan air mata adik-adik pada malam itu semoga ianya adalah air mata semangat untuk adik-adik meneruskan perjuangan. Abang-abang dan kakak-kakak akan terus mendoakan kejayaan adik-adik semua.
Terima kasih pada fasilitator yang menyertai program ini. Semoga ukhuwah kita terus utuh sampai bila-bila :)
0 comments:
Post a Comment