NEW BABIES :)

by 8:41 AM 0 comments
Alhamdulillah, setelah selesai 3 malam sesi temuduga ahli baru, hasilnya STEADFAST kini mempunyai "new babies" seramai 82 orang. Boleh dikatakan kali ini merupakan bilangan yang terbanyak ahli baru berbanding tenure sebelum ini.

Tarikh 06082010 merupakan hari suai kenal untuk "new babies" bersama Management Board dan juga Exco STEADFAST. Adik-adik disaji dengan hidangan modul daripada abg anwar dan kak que. Sungguh teruja mereka menyertai aktiviti ini. Selain bermain modul, ahli-ahli baru ini diperkenalkan dengan biro-biro yang terdapat di dalam STEADFAST dan apakah peranan setiap biro. Keadaan semakin riuh apabila mereka diminta mengambil tandatangan serta nombor telefon para Exco. Disini bermulalah ukhuwah baru di dalam STEADFAST. Alhamdulillah :)





Tarikh 08082010, ahli-ahli baru STEADFAST diberi 1st in-house training iaitu Basic Facilitator Training Programme. Para peserta didedahkan mengenai apa itu fasilitator, bagaimanakah cara komunikasi berkesan, serta perlaksanaan modul. Training ini dikendalikan oleh Team of Trainer dengan kerjasama biro SPECTRA.




Pada sebelah petang, aktiviti Nutcracker MEGA dianjurkan oleh biro SPECTRA di Tasik Maryam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Disini, ahli-ahli baru berta'aruf bersama kakak-kakak dan abang-abang baru mereka. Alhamdulillah, ukhuwah ini terjalin dengan hanya sebuah senyuman. Pantas, mereka bekerjasama untuk memenangi pertandingan Explorace pada petang 08082010 :)

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: