Assalamualaikum Steadfastians...
Macam mana dengan cuti anda semua? Terisi dengan aktiviti atau tidak. Hah! Waktu bercuti ni lah masanya nak membantu ibu dan ayah di rumah. Jika selalu kita berpesan pada adik-adik yang jadi anak buah semasa kita menjadi fasilitator mereka, mengapa tidak kita sendiri melakukan apa yang dikata. Bak kata orang 'kata-kata itu hendaklah dikota.'
Di kesempatan ini, pihak admin ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua Steadfastians. Sama-samalah kita hayati sirah nabawi tentang ibadah qurban ini. Berkorban bukan hanya dari segi menyembelih lembu atau kambing. Tapi, konteks qurban yang sebenar lebih dalam daripada itu. Apapun, renung-renungkan dan selamat beramal.
Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.
Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.
Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.
Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.
Jom sama-sama kita penuhi cuti semester kali ini dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment