Assalamualaikum...
Alhamdullillah dengan sokongan ahli-ahli Steadfast akhirnya berjaya lah juga Kem Sup Ayam ini dilaksanakan. Seperti yang telah dirancangkan, program tersebut telah bermula dari pukul 1 ptg hari sabtu dan berakhir pada pukul 2 ptg hari ahad. Pihak penganjur (Semaian Budi Bureau) ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada 27 ahli Steadfast yang berjaya menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam usaha untuk menyertai program ini.
Lumrah dalam hidup kite sekiranya kite berusaha untuk melakukan sesuatu kebaikan, kite akan diuji dengan lebih hebat lagi. Akan tetapi, dengan adanya semangat waja dari pihak ahli-ahli steadfast itu sendiri telah berjaya menghadapi segala cabaran dan menuju ke arah personaliti yang lebih baik. Sejajar dengan objektif program yang terutamanya untuk tazkiyatun nafs, pihak penganjur telah memilih Dusun Eco Resort yang terletak di Bentong Pahang untuk menjayakan usaha yang murni ini.
Setibanya kami di sana, kami telah di uji dengan ujian kekuatan mental dan fizikal yang pertama di mana peserta harus menaiki trak untuk sampai ke tempat penginapan. ianya merupakan pengalaman kali pertama bagi kebanyakan perserta akan tetapi alhamdulillah tiada seorang pun yang ditakdirkan tergolek..=D
setibanya di sana, kami di tempatkan di chalet yang berbentuk 'A' yang memuatkan empat hingga 5 orang sebilik. walaupun agak panas pada waktu siang tetapi keadaan berubah dingin pada waktu malam memandangkan tempatnya yang terletak di atas bukit.
Boleh di katakan kami dapat merasakan pengalaman ala-ala berkhemah di sana.
memandangkan program ini adalah seperti kem ibadah, jadi kebanyakan slot yang disediakan oleh pihak penganjur adalah berbentuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fadlan Uthman yang menyentuh mengenai topic muhasabah diri, membincangkan masalah-masalah yang berkaitan ibadah dan muamalt. Alhamdulillah, peserta berpeluang untuk menjernihkan air yang selama ini keruh yang bertakung dalam diri masing-masing.
Slot-slot tazkiyatun nafs kemudiannya dikuatkan lagi dengan aktiviti qiyamullail. Untuk slot tersebut, peserta telah berjaya melawan musuh utama masing-masing dan berjaya menghadirkan diri masing-masing di surau tepat pada pukul 4 pg. Semoga ianya dapat menguatkan lagi jiwa-jiwa yang berusaha ke arah kebaikan.
Disamping itu, tidak ketinggalan juga aktiviti luar pintu untuk menguatkan fizikal peserta. Agak Berbeza sedikit di mana, program kali ini, pihak penganjur telah memilih cabaran jambatan gantung dan 'musang terbang'. walaupun agak mengerikan kerana keadaannya yang benar-benar tinggi, tetapi tiada seorang pun di kalangan peserta yang lari dari realiti dan berhadapan dengan konflik takut tinggi dalam diri. teringat juga pada ketika itu mengenai saat-saat kite di akhirat nanti di mana kite diceritakan akan melalui satu tali daripada rambut yang di belah tujuh...bagaimanakah besarnya klu nk di bandingkan dengan berjalan atas tiga tali yang kami terpaksa lalui di jambatan gantung...dengan sedikit keinsafan yang hadir, Alhamdulillah, semua peserta selamat mendarat dan tiada seorang pun yang tercedera.
tepat pada pukul 2 ptg, trak mengambil kami untuk ke tempat parking bas. walaupun agak keletihan, para peserta masih lagi dapat tersenyum dan meneruskan perjalanan pulang ke Taman Ilmu dan Budi yang tercinta.
Maka dengan berakhirnya program kem sup ayam ini, pihak penganjur berharap agar ianya bukan sahaja dapt meninggalkan kenangan, tetapi memberikan ilmu-ilmu yang berguna untuk perubahan diri masing-masing ke arah personaliti yang lebih baik dan bukan sebaliknya. sejajar dengan moto Steadfast itu sendiri, "Perbaiki dirimu dan ajaklah yang lain". Seperti mana sedapnya semangkuk sup ayam itu, maka sedaplah juga input yang diperolehi dari kem ini untuk jiwa kite semua.
Harapan juga agar, para peserta dapat meikhlaskan hati dan memperbetulkan niat supaya yang baik dapat diteruskan dan yang buruk dapat di maafkan dan dilupakan.
Sesungguhnya kite sedang berusaha untuk lebih baik dan bukan sebaliknya.
Sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat dan teruskan lah usaha ke arah kebaikan.
"Aslih Nafsak Wadu' Ghairak"
steadfast
DeveloperCras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.
0 comments:
Post a Comment