~~kau dan aku~~

by 8:24 PM 0 comments


"kau dan aku adalah satu tak kira apa..segala rintihan aku engkau selalu ada.. biar kata memisah kita..biarkan saja...kerana terbiasa..."


Lagu "kau dan aku" seringkali terngiang-ngiang di telinga ahli STEADFAST dimana ukhuwah mereka semakin rapat selepas mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh STEADFAST.. Alhamdulillah kami ibarat satu family.. Susah senang bersama-sama.. Bak kata pepatah "yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing"..

memandangkan peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung pada minggu hadapan, satu makan malam yang "informal" di anjurkan sebagai tanda memberi kenangan sebelum berjuang menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma.. Hampir 29 orang yang datang pada malam itu termasuk Team Of Trainer yang turut serta memeriahkan keadaan..


Pada pengakhiran malam itu, wakil TOT memberi ucapan dan ada yang menitiskan air mata.. Betapa indahnya silaturrahim yang terjalin di antara sesama ahli STEADFAST.. semoga ukhuwah ini berkekalan dan mendapat rahmat dari-Nya..

Kepada semua ahli STEADFAST, sama-samalah kita berjuang menjalani final exam ini.. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberi kejayaan yang cemerlang pada usaha kita...amin...

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: