EDUCATIONAL TRIP TO IIUM

by 9:08 PM 0 comments
Alhamdulillah berakhir sudah program "Educational Trip to IIUM" daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Setiawangsa. Seawal jam 3 petang, para pelajar tiba di UIAM. Program bermula dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program (Syafiq), dan ucapan alu-aluan daripada Cikgu Syarimah. Kemudian, para pelajar diselitkan dengan pengetahuan mengenai UIAM melalui video koporat yang ditayangkan. Justeru, ketua fasi (Faiz dan Wahida) mengetuai modul "S.W.O.T" dimana para pelajar disulam dengan kesedaran mengenai kekuatan, kelebihan, dan kelemahan yang terdapat dalam diri masing-masing untuk memberi mereka semangat dalam pembelajaran dalam mencapai cita-cita mereka.

Setelah itu, para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk meneruskan aktiviti "Campus Tour". Para fasi membawa para pelajar menerokai kuliyyah disamping menerangkan sedikit sebanyak mengenai kuliyyah tersebut. Para pelajar amat teruja untuk "menerokai" erti sebenar kehidupan seorang pelajar universiti.

Memandangkan masa yang agak suntuk, tepat jam 5.30 petang, para pelajar dijamu dengan sedikit jamuan ringan sebelum menunaikan solat asar. Program berakhir dengan sesi bergambar antara para pelajar dan juga para fasi. Alhamdulillah, program berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Tahniah kepada Syafiq selaku Pengarah Program serta fasi-fasi yang bertungkus lumus menjayakan program ini :)


steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: