"Budi Disemai, Ukhuwah Dituai"

by 2:13 PM 0 comments
Alhamdulillah...
Akhirnya program "Siswa Turun ke Desa" telahpun berakhir. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang dapat kami timba daripada program ini.

Program bermula seawal jam 8 pagi dimana para peserta dikehendaki berkumpul di Tangga Besar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi daripada UIAM, UKM, USIM, UM dan KUIS. Para peserta kelihatan begitu teruja untuk berkampung di Malim Nawar, Kampar, Perak. Tiga kampung yang terlibat ialah Kampung Seri Malim, Kampung Tanjung Bangkong, dan Kampung Tualang Sekah.

Antara pengisian di dalam program ini ialah Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat, Sukan Rakyat, Ceramah Agama, Aerobic, Ceramah Motivasi, Pameran Universiti, Gotong-royong, Jalan-jalan Kampung, Kenduri Kesyukuran, Malam Kebudayaan, dan Majlis Penutup.

Jutaan terimakasih kepada semua ahli jawatankuasa STEADFAST yang bertungkus lumus menjayakan program ini, baik secara langsung atau tidak langsung. Semoga apa yang kita pelajari daripada program ini mampu memberi pengalaman dan menyuntik semangat dalam memperjuangkan STEADAST di masa hadapan. Ucapan terima kasih juga pada mereka yang senantiasa mendokan kelancaran program ini.



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak"

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: