Semoga dengan cerita ini rindu kalian pada steadafst akan terubat dan terus bersemangat untuk memperjuangkan steadfast hingga keakhirnya...jom layan~~~
Program ini berlangsung pada tanggal 26 & 27 Jun 2010. Alhamdulillah program ini berjalan dengan jayanya. Program ini dikhususkan untuk pelajar darjah 4 hingga 6 yang mempunyai rekod disiplin serta keciciran yang teruk dalam pelajaran. Pada pertama kalinya bertentang mata dengan adik-adik, jiwa kami bagai diseru dengan satu semangat. Melihat adik-adik yang masih "berhingus" mempunyai masalah disiplin, kami sangat teruja untuk memberi semangat serta motivasi kepada adik-adik supaya mereka mampu untuk mengubah diri dan hati mereka memandangkan adik-adik ini masih lagi muda.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah LDK. ceramah, riadah, dan juga sesi muhasabah diri. Berada mengelilingi unggun api sewaktu sesi muhasabah diri, merupakan pengalaman yang baru untuk adik-adik. Alhamdulillah, hasilnya kami merasakan bahawa hati adik-adik telah "dijentik" untuk melakukan perubahan dalam diri mereka.
Tahniah kepada Aqiel (ketua fasi) dan Hifzaili (Kem Komander) kerana percubaan pertama mereka menyandang jawatan ini mampu dilaksanakan dengan jayanya.
Antara gambar yang sempat dirakam oleh lensa

Kem ini berlangsung di Sekolah Agama Menengah Saadah Addiniah Alislamiah, Yan Kedah selama 3 hari 2 malam. Rasanya ini adalah pengalaman pertama para fasilitator steadfast sesi 10/11 membuat program di negeri yang jauh dari UIA Gombak. Perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam membuatkan kami berasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki di Yan Kedah. Sepanjang perjalanan kami disaji dengan pandangan sawah bendang yang terbentang luas.
Program kali ini alhamdulillah mencapai objektifnya untuk menyuntik semangat kepimpinan dalam diri peserta. Pada mulanya agak sukar untuk kami menyatukan pelajar puteri dan pelajar putera kerana mereka agak malu diantara satu sama lain terutamanya pelajar puteri. Hal ini menyebabkan kurangnya penyertaan pelajar puteri untuk terlibat dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Akan tetapi, setelah fasi perempuan mengadakan "girls session" sewaktu pelajar putera bersiap untuk memunaikan solat jumaat, alhamdulillah kami melihat perubahan dalam diri peserta. Mereka begitu teruja dan memberikan tumpuan pada setiap aktiviti yang dijalankan.
Satu kejayaan cemerlang ialah apabila para pelajar "menggeruni" kem komander iaitu Mohd Hifzaili hingga sampai sekarang ada yang masih mengingati ayat yang sering diucapkan oleh Tuan Lee "hangpa buat gheja hangpa, aku buat gheja aku".. Tahniah juga kepada Mohd Khairul Anwar kerana tidak putus asa untuk menarik perhatian dan kerjasama dari para peserta.
Antara kenangan yang sempat dirakamkan.

Kursus ini dikhaskan untuk para pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk membantu mereka supaya lebih berketerampilan kerana terampilnya seorang pelajar bukan diukur dari segi akademik semata, tetapi aspek fizikal dan rohani turut diambil kira. Justeru, steadfast mengambil peluang ini untuk membantu adik-adik di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisammudin Kampung Jawa klang pada 16 hingga 18 Julai 2010. Program kali ini disertai oleh 200 orang pelajar. Tahniah kepada para committee kerana berjaya mengendalikan program ini.
Sekadar gambar berbicara

MASIH ADA YANG SAYANG : BINA INSAN MURID

KEM KOKURIKULUM & KEPIMPINAN TAHUN 2010

KURSUS KETERAMPILAN DIRI SESI 2010
Kursus ini dikhaskan untuk para pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk membantu mereka supaya lebih berketerampilan kerana terampilnya seorang pelajar bukan diukur dari segi akademik semata, tetapi aspek fizikal dan rohani turut diambil kira. Justeru, steadfast mengambil peluang ini untuk membantu adik-adik di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisammudin Kampung Jawa klang pada 16 hingga 18 Julai 2010. Program kali ini disertai oleh 200 orang pelajar. Tahniah kepada para committee kerana berjaya mengendalikan program ini.
Sekadar gambar berbicara

0 comments:
Post a Comment