••►Dari 'Abdullah Bin 'Amr Bin 'Ash berkata,sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka."
Dan bila 'Abdullah berbuka,ia berdoa: "Wahai Tuhan,aku meminta kepadaMU dengan rahmatMU yang meliputi segala2nya agar Engkau ampuni aku." (HR:IBNU MAJAH)
••►Orang yang berbuka puasa memperolehi janji dari Allah SWT bahawa doanya pasti diterima.Segala permohonan orang yang berbuka puasa tidak akan disia2kan oleh Allah SWT.Kerana itu,pada saat berbuka puasa sebaiknya kita memperbanyakkan doa,terutama berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT seperti yang dilakukan oleh sahabat 'Abdullah.
••►Doa yang kita ucapkan bila berbuka puasa terserah pada kemahuan kita sendiri.Akan tetapi,hendaklah doa itu berisikan permohonan untuk mendapatkan pengampunan dari Allah SWT.Orang yang merasakan bahawa pada saat2 lain doanya merasa belum dimakbulkan,maka sebaiknya memperbanyakkanlah doa pada saat berbuka puasa ini,baik puasa wajib mahupun puasa sunat.Inilah kelebihan yang Allah SWT berikan kepada orang berpuasa yang berdoa pada waktu berbuka.
.::Selamat Beramal::.
0 comments:
Post a Comment