~*Tazkirah Bulan Ramadhan*~

by 1:02 PM 0 comments
(¯`*•. Meninggalkan Ucapan Dan Perbuatan Sia-sia .•*´¯)

••► Dari Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan bohong & perbuatan curang, maka Allah SWT sama sekali tidak memerlukan perbuatannya meninggalkan makan & minum (puasa)."(HR:BUKHARI)


Orang yang berpuasa tetapi berbohong atau berbicara kotor & melakukan perbuatan2 curang atau berlaku tidak jujur, tidak akan mendapat pahala dari puasanya iaitu walau sedikit pun. Sebab puasa yang ia lakukan sama sekali tidak diredhai oleh Allah SWT. Adapun puasa yang diredhai oleh Allah SWT iaitu yang dilakukan dengan akhlak yang baik & ucapan yang terpuji.


Contoh ucapan tidak baik ialah melawak agar ditertawakan oleh org lain. Melawak semacam ini adalah perbuatan yang sia-sia. Kerana itu, pahala puasanya menjadi hilang walaupun puasanya tidak batal. Jadi, alangkah ruginya kita berpuasa tanpa mendapat pahala dari Allah SWT.


(¯`*•. Menahan Diri Dari Cercaan Orang Lain .•*´¯)


••►Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan & minum.Akan tetapi, yang dinamakan berpuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia & perbuatan yang buruk. Kerana itu, jika ada orang yang memakimu atau berlaku jahil kepadamu, katakanlah (kepadanya):'Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa'."
(HR:IBNU KHUZAIMAH,IBNU HIBBAN DAN HAKIM)


Orang yang berpuasa dituntut agar mencegah perbuatan yang tidak terpuji. Melayani pertengkaran dengan orang atau melayani cercaan, makian atau gangguan orang kepada kita adalah termasuk perbuatan tidak terpuji. Begitu pula bila pada saat berpuasa kita menggunjing atau membicarakan hal yang tidak bermanfaat terhadap akhlak & ketakwaan kita, maka perbuatan semacam itu menyebabkan puasa kita tidak bermanfaat. Demikian halnya dengan berbicara berkaitan dengan lucah, maka ini termasuk dalam perbuatan tidak terpuji.


Orang yang sedang berpuasa tidak boleh melayani pertengkaran atau cercaan orang terhadap dirinya. Bahkan ia diperintahkan oleh agama agar mengatakan kepada orang tersebut bahawa ia sedang berpuasa.Tentangan atau cercaan orang yang jahil kepadanya janganlah dilayani agar puasanya terpelihara dari gangguan yang menghilangkan pahala puasa.





steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: