Erti Kemerdekaan

by 3:42 PM 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullah

Tanggal 31 Ogos 1957, negara Malaysia telah dianugerahkan kemerdekan. Bebas dari penjajah, bebas mentadbir negara sendiri, serta bebas dari campur tangan kuasa asing. Apakah erti kemerdekaan pada anda selaku remaja, mahupun belia di zaman pelbagai teknologi giat diperkenalkan satu demi satu. Di mana saat ini, semua yang dilakukan hanyalah terletak di hujung jari. Mudah bukan? Tepuk dada tanyalah diri, di mana letaknya erti kemerdekaan dalam diri anda semua.

Menurut Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila sesuatu bangsa ataupun umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka dapat berfikir dengan bebas apa yang dilakukan untuk diri, bangsa atau umat keseluruhannya tanpa khuatir pada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah s.w.t dan semua tindakan yang dilakukan berpandukan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru, fikirkanlah wahai teman, sahabat, rakan dan taulan. Adakah anda telahpun merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Atau masih mencari-cari akan erti kemerdekaan itu. Dalam kesamaran pencarian itu, gunakanlah panduan yang sememangnya khas buat diri kita sedari dulu lagi, iaitu Al-Quran dan sunnah. Di mana, siapa yang sentiasa berpandukan dengan keduanya, nescaya tidak akan sesat buat selamanya. InsyaAllah.

Ahli Steadfast sekalian, apakah merdeka menurut anda? Sila komen dan huraikan.

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: