Talent Day 2009

by 10:32 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 16 Ogos 2009 Steadfast Talent Day 2009 berjaya dijalankan dengan jayanya. Seawal jam 7.00 pagi (Tahniah! Bagi mereka yang tiba pada jam ini) ahli-ahli Steadfast yang berani menyahut cabaran dan tegar menghadapi dugaan yang mendatang berkumpul di Tangga Utama UIAM (universiti tercinta tentunya). Tahniah!

Jam 8.25 pagi, rombongan Steadfast tiba di tempat yang dituju. Tentunya taman yang seringkali dipenuhi dengan warna-warni layang-layang pelbagai bentuk, Taman Metropolitan Kepong, atau dengan nama komersialnya Taman Layang-layang. Usai peserta menjamah hidangan sarapan pagi (Bihun goreng + Air Teh Panas), taklimat tentang jadual perjalanan program dimulakan. Saat ini, para peserta masing-masing berkenalan antara satu sama lain dan tentunya ukhuwah yang telah terjalin dipereratkan lagi.

Jam 9.30 pagi, para peserta khusyuk mendengar perkongsian ilmu bersama Abang Wan Zulhafiz (Alumni Steadfast) dalam sesi Theory of Talent. Banyak input yang dikongsikan bersama di samping pertukaran idea antara peserta-peserta yang lain. Sesi diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai purata (5-7) orang ahli.

Dalam jangka masa 1jam 30minit, setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan 5 modul baru berdasarkan tema (KEM IBADAH, KEM MOTIVASI, DLL.) yang diberikan. Pelbagai ragam dan gelagat dapat diperhatikan ketika ini. Masing-masing berusaha untuk melontarkan idea dan menonjolkan bakat yang sedia ada.

Sejurus selepas solat zuhur berjama'ah (dalam suasana angin sepoi-sepoi bahasa, dan adakalanya bagaikan bayu bertiup dari timur) , setiap kumpulan membentangkan dan mempraktikkan modul yang tercipta hasil gabungan idea bersama ahli kumpulan yang lain. Semangat yang ditonjolkan, pasti mampu untuk melahirkan seorang fasilitator yang berdaya saing dan maju ke hadapan. Seiring dengan tema program 'Boost Up Your Knowledge', pelbagai ilmu pengetahuan dapat dikongsikan bersama.Dengan nama kumpulan yang pelbagai (Semangkit,Istiqamah,Ape2 Je La,Danger, dan ONEF) mampu memupuk semangat perpaduan antara ahli, dan tentunya mampu merapatkan jurang antara ahli yang baru mahupun lama.

Selesai sesi pembentangan (Practical of Talent) dijalankan, para juri sibuk mengira markah yang diberi. Dan akhirnya, kumpulan Ape2 Je La telah dinobatkan sebagai Modul Terbaik secara keseluruhannya. Peserta terbaik sepanjang program telah dianugerahkan kepada Ahmad Syahmi Mohd Sapperi. Tahniah! Anda hebat! Kamu Hebat! Kita Hebat! Kami Hebat! Steadfast Hebat!

Alhamdulillah, dengan berakhirnya program, objektif utama program untuk mencungkil bakat-bakat terpendam ahli Steadfast berjaya dicapai. Dengan adanya program seperti ini, ahli-ahli Steadfast mampu menjadi seorang fasilitator yang berkebolehan menggunakan idea yang ada bagi menjana aktiviti yang mendatangkan minat di kalangan ahli didik. InsyaAllah.

Ucapan jutaan terima kasih pada semua tenaga yang terlibat bagi menjayakan program Steadfast Talent Day 2009. You all was the BEST!

p/s: Untuk semua peserta yang hadir pada program Steadfast Talent Day 2009, insyaAllah ada sesuatu yang bakal anda perolehi. Bila? Di mana? Apa? Nantikan dengan penuh kesabaran. InsyaAllah, pekongsian ilmu yang dikongsikan akan mendatangkan manfaat buat kita semua.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak"

Dari meja pengarang,
Nurun Najat binti Hamdan
Research and Development Bureau



Steadfast IIUM

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: