Tempat: Male Sports Complex, IIUM
Masa: 9.30 malam- 11.00 malam
Tarikh: 30 Januari 2010
Masa: 9.30 malam- 11.00 malam
Tarikh: 30 Januari 2010
Cuti pertengahan semester yang sepatutnya berakhir pada 31 Januari tidak menghalang semangat kesukanan dalam diri ahli-ahli Steadfast untuk pulang ke UIA tercinta lebih awal. Ada yang menaiki bas seawal 9 pagi dari negeri Pantai Timur dan hanya tiba di UIA menghampiri waktu maghrib kerana kesukaran mendapat teksi pada waktu puncak (6.30 petang) di stesen bas Greenwood. Dan ada juga yang membantu ahli keluarga berpindah masuk ke rumah baru, tidak menghalang semangat berkobar-kobar ahli Steadfast untuk menghadiri Nutcracker Januari 2010.
Alhamdulillah, walaupun pelbagai halangan yang muncul, ianya tidak dapat menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti sukan ini. Antara aktiviti sukan yang telah dijalankan adalah Futsal (lelaki) yang mana menemukan kumpulan Semangat dan juga kumpulan Berkobar. Kedua-duanya sama hebat dan sama pantas dalam menjaringkan gol kemenangan bagi kumpulan masing-masing. Manakala di kalangan ahli perempuannya menyaksikan perlawanan sengit sukan badminton. Bersemangat sekali mereka membalas pukulan demi pukulan pihak lawan. Dan turut juga disaksikan pertempuran sukan tuju selipar.
Semangat yang mereka tunjukkan seolah-olah menggambarkan mereka sedia menyahut cabaran dalam menyucikan diri lalu menyeru yang lain. Di samping mereka beriadah sesama ahli Steadfast, mereka mampu untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dengan lebih erat. Semoga semangat yang ditunjukkan ini mampu menjadi batu loncatan supaya Steadfast akan lebih maju pada masa hadapan.
Majulah sukan untuk Steadfast.
"Aslih nafsak, wad'u ghairak."
0 comments:
Post a Comment