TALK TO THINK

by 1:53 AM 0 comments
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Program "TALK TO THINK" anjuran Biro Kajian & Pembangunan STEADFAST yang berlangsung pada 19 Februari 2010 berjalan dengan lancar. Ini adalah antara program pertama yang melibatkan jemputan luar iaitu meliputi seluruh pelusuk warga UIA. Walaupun pada mulanya terasa sedikit kekurangan apabila Penceramah sampai tepat pada masanya iaitu seawal jam 8.30 malam dan pada waktu tersebut hanya terdapat kurang daripada 10 pelajar yang hadir. Suasana malam yang aktif dengan program-program lain yang memenuhi seluruh pelusuk UIA yang menjadi saingan, tidak menghalang committee kami untuk terus menjalankan promosi pada saat-saat akhir. Alhamdulillah, kurang dari 30 minit, ruang dewan kuliyyah Admin LT5 mula dipenuhi oleh susuk2 tubuh manusia dari pelbagai kaum, jantina, krusus dan macam-macam kepelbagaian lagi.

Prof. Dr. Ismawi Zen, seorang insan berwibawa..

Program yang bertajukkan "POSITIVE PERSON, POSITIVE GENERATION" ini disampaikan oleh Prof.Dr.Ismawi Zen. Beliau yang merupakan salah seorang pensyarah UIA dari Kuliyyah Seni Bina & Reka Bentuk Alam Sekitar dan juga terkenal kerana menjadi salah seorang daripada enam orang panel terpilih dunia bagi perancangan pembangunan Masjidil Haram ini merupakan seorang insan yang sangat cekap dalam menarik perhatian dan memikat hati pendengarnya.Beliau begitu petah dan lancar menyampaikan serta mengupas isi tajuk tersebut satu persatu diselang seli dengan kisah2 pengalaman hidup beliau membuatkan semua yang hadir terpegun. Mereka mula memikirkan kebenaran kata-kata Prof. dan ibarat satu jarum yang halus disuntik ke dalam jiwa para pendengar untuk mereka kembali bersemangat dan mula berfikir secara positif demi untuk masa depan mereka sendiri dan seterusnya generasi akan datang. Commitee juga tidak ketinggalan untuk menagmbil peluang ini bagi menambahkan ilmu masing-masing.
Pendengar-pendengar yang kusyuk mendengar
dan mula berfikiran positif..


Setelah hampir 2 jam, perbicaran Prof. sampai ke penghujungnya apabila prof. menjawab soalan yang diajukan oleh pendengar malam itu. Jawapan beliau yang sangat kreatif dan inovatif itu telah memuaskan hati penyoal dan hadirin yang hadir. Sebelum VIP menjamu selera, Sempat juga Presiden STEADFAST menyampaikan sedikit cenderamata kepada Prof. Dr. Ismawi sebagai tanda penghargaan beliau kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan walaupun pada hari yang sama, jadual beliau dipenuhi denagn program-program lain dari awal pagi hingga tengah malam. Jasa beliau tidak akan dilupakan kerana tanpa pendidik, siapalah kita. Sebelum Prof. pulang, committee bahagian makanan telah menyediakan menu yang sangat enak untuk disajikan kepada VIP. VIP sangat berpuas hati dengan sajian yang disediakan. Tidak dilupakan kepada para hadirin, semestinya mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Sajian juga diberikan kepada mereka ditambah lagi dengan "pemberian pintu" iaitu penanda buku membuatkan para hadirin mendapat 4 keuntungan (makanan, penanda buku, markah kokurikulum,ILMU) dalam 1 masa..Memang berbaloi-baloi.

Pendengar-pendengar wanita setia dengan pen
dan kertas untuk mencatat isi kupasan..


Tepat jam 11.30malam, dewan kembali kosong apabila semua hadirin dan Prof. pulang. Tinggallah barisan Committe yang melaksanakan tugasan terakhir iaitu mengemas tempat kejadian supaya kembali seperti sediakala. Program ini berakhir dengan "postmortem" dimana tradisi pengakhiran sesuatu program seumpama ini. Semua committee diberi peluang untuk menyatakan ketidakpuasan hati, kebanggaan diri, keterharuan hati, kecil hati, dan kaitan-kaitan hati yang lain. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, setelah pahit maung diharungi apabila terpaksa menunda program ini hampir sebulan yang lalu, semuanya berjalan dengan lancar. MasyaAllah.. indahnya perancangan Allah... siapa tahu disebalik pahitnya dugaan perjalanan, diakhirannya, lebih manis dari yang dijangkakan. Terima Kasih kepada semua yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.. Akhir kata,
~Take the challenge as Opportunity, be positive, InsyaAllah, the successful are yours~

"Aslih Nafsak Wad'u Ghairak"

steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: