Terasa lenguh tangan dan kaki ini setelah seharian menyertai program yang julung kalinya diadakan oleh persatuan fasilitator ini iaitu Community Service di Zoo Negara. Akan tetapi, pengalaman dan keriangan yang kami perolehi pada saat itu mampu mengalahkan rasa penat dan letih. Teruja dan seronok untuk menyumbangkan bakti kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara.
Seawal jam 0730 pagi, para sukarelawan berkumpul di Tangga Besar dengan bertemakan warna merah yang menggambarkan rasa semangat di dalam jiwa mereka. Seramai hampir 30 orang sukarelawan meloloskan diri ke dalam bas setelah menjamah sarapan yang di sediakan oleh pihak pengurusan. Alhamdulillah, tidak sempat melelapkan mata di atas kerusi bas yang empuk, para sukarelawan sudah pun tiba di destinasi. Justeru, taklimat di beri oleh para pegawai untuk memastikan keselamatan para sukarelawan juga haiwan-haiwan di zoo.
Kami diagihkan ke dalam beberapa kumpulan dalam menjalankan aktiviti ini. Ada yang ditempatkan bersama zirafah, gajah, burung, kura-kura, juga binatang berduri iaitu landak. Rasa cuak menyerbu diri tatkala menjejakkan kaki kedalam "rumah" haiwan-haiwan tersebut. Takut sang landak "menyuntik" kaki, sang badak "menyondol" diri, sang ular "membelit" pinggang, dan pelbagai lagi karenah haiwan-haiwan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang peristiwa buruk berlaku.hihi..Antara tugasan yang diberikan adalah membersihkan kandang, memberi makan kepada haiwan, dan sebagainya.
Pengalaman sehari bersama haiwan-haiwan mampu memberikan satu pengalaman dan pengajaran di dalam diri kami. Selain mengeratkan ukhuwah sesama kami, ukhuwah sesama makhluk ciptaan Ilahi yang lain jua mampu terutuh dihati ini. Seronok dapat beri haiwan makan, melayah keletah mereka, dan bermacam lagi pengalaman yang ditimba. Haiwan juga punya perasaan untuk dimanja dan dibelai.
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment