by 6:56 PM 0 comments

LAPORAN PROJEK SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUAYA
(13-15 FEBRUARI 2015)
Hari 1:
            Bertolak kira-kira pada pukul 10.30 pagi dari IIUM ke SK SG Buaya, para fasilitator dan komiti yang berjumlah dalam 25 orang, sampai ke SK Sg Buaya pada pukul 12 tgh hari. Dimulakan hari di situ dengan berkenal-kenalan dengan guru di situ, seterusnya, aktiviti kendiri(lelaki menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan). Setelah semua berkumpul kira-kira pukul 2.45, semua fasilitator dan komiti bersedia untuk aktiviti pertama, di mana fasilitator berkumpul di dewan dan para komiti menjalankan aktiviti pendaftaran.
            Aktiviti suai kenal telah dijalankan setelah semua  pelajar telah berkumpul di dewan. Para pelajar dan fasilitator serta komiti telah menjalankan solat Asar berjemaah di dewan tersebut dan seterusnya aktiviti ice breaking disambung sehingga pukul 6.40. Kemudian, para pelajar makan malam bersama para fasilitator seterusnya bersiap diri untuk aktiviti malam iaitu solat berjemaah, tazkirah oleh abang Hazwan serta aktivi Latihan Dalam Kumpulan(LDK) “Wahh Pereka Ciliklah”. Aktiviti tersebut telah menyerlahkan bakat adik-adik dalam menghasilkan pelbagai jenis fesyen pakaian, dengan kumpulan pertama yang diselia oleh Abg Hazwan dan Kak Farah mencatat keputusan mata tertinggi bagi hari pertama. Aktiviti tersebut agak kucar - kacir apabila adik - adik mula menunjukkan minat mereka terhadap aktiviti praktikal.
            Kesimpulan dari hari pertama yg dicatatkan ketika taklimat fasilitator adalah keadaan adik-adik agak tidak terkawal apabila masing-masing pelaar dalam setiap kumpulan menjadi agak nakal dan bising. Walaupun ketua fasilitator Abg Rizzan serta Kak Ecah menyelia aktiviti tersebut dengan baik, namun keadaan dalam dewan ketika itu masih bising. Dalam masa itu juga, aktiviti Burung Hantu juga telah dijalankan walaupun tidak dirancang. Aktiviti ini adalah untuk memberi sedikit pengajaran supaya mereka menjaga adab dan tatacara untuk hari seterusnya. Dalam taklimat fasilitator juga, kebanyakan nasihat telah diberi kepada fasilitator terutama kepada yang masih berjinak dalam dunia fasilitator. Nasihat berguna ini datangnya dari semua terutama Kak Humaira dan Kak Ira yg merupakan Team Of Trainers (ToT) bagi proram ini. Selain itu cadangan bernas dari Abg Hazwan juga yg menyarankan Ketua Fasilitator agar sedikit tegas dari sebelumnya. Aktiviti tamat sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi. Kemudian para fasilitator bersurai setelah mengambil minum malam.
            Hari kedua bermula baik dengan Qiamullail dan subuh berjemaah. Sebelum menikmati sarapan pagi, adik-adik diberi sedikit aktiviti riadah untuk kecergasan menghadapi hari kedua. Slot LDK seterusnya agak terkawal dan seterusnya adik-adik terus bersemangat meneruskan aktiviti Explorace, yang memberikan sedikit lelah dan penat kepada abang dan kakak fasi mereka. Aktiviti LDK seterusnya, iaitu Kapal Terbangku, berjalan dengan baik disamping pada ketika itu, kumpulan dan fasilitator dapat memberi lebih motivasi dalam bentuk yang santai, yang dikira amat berkesan. Riadah petang pula yang dikendalikan oleh abang Zarriq dan fasilitator lain dengan aktiviti belon air pula amat menyeronokkan. Di samping kembali memberi sedikit kecerdasan untuk menghadapi malam hari. Setelah selesai Solat berjemaah Magrib, Isyak dan serta tazkirah ringkas oleh Ustaz SK SG Buaya sendiri, Recall telah dijalankan. Recall kali ini amat berkesan bukan sahaja pada adik-adik, malah ada abang dan kakak fasi turut tersentuh dengan Recall kali ini, membuatkan Recall kali ini mencapai objektif dan sangat berjaya. Malah pada Taklimat fasilitator hari kedua juga, banyak kesan yang baik boleh dilihat, selain juga cadangan serta teguran diberikan untuk menghadapi hari ketiga, dan juga projek seterusnya.
            Hari ketiga, bermula dengan baik setelah solat Subuh berjemaah, aktiviti riadah ringkas turut dijalankan yang diketuai oleh Abang Ssyamsul. Setelah LDK dijalankan pada hari ketiga, adik-adik serta para fasilitator bersedia untuk Majlis penutupan program. Majlis penutupan program telah dipengerusikan oleh Abang Hazwan, dan dirasmikan penutupan oleh Guru Besar sekolah tersebut, Pn Hajah Rohanah Mokhtar. Pn Hajah Rohanah telah menyampaikan amanat yang penting untuk adik-adik serta meletakkan harapan yang tinggi untuk adik-adik untuk berjaya pada masa hadapan, terutamanya pada UPSR yg mendatang. Adik-adik turut diberikan hadiah saguhati pada majilis penutupan serta penyampaian sijil kepada semua fasilitator yang terlibat daripada pihak sekolah. Majlis penutupan  tersebut berjalan dengan lancar. Program tamat kira-kira pada pukul 12.15 tengah hari.
            Kesimpulan dari program ini, banyak ilmu baru telah disampaikan disamping para fasilitator juga telah belajar banyak dari adik-adik itu sendiri. Tidak lupa juga Ustaz dan para cikgu sekolah tersebut yang sangat membantu sepanjang program berlangsung.

Dilaporkan oleh:
               RIZAL
Mohammad Shahrizal bin Zoljefry


‪#‎SteadfastIIUM
‪#‎Since1991
Facebook Steadfast Club: Steadfast IIUM Official
Blog Steadfast Club: 
http://steadfastiium.blogspot.com/






steadfast

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: