LAPORAN PROGRAM KELAB STEADFAST “PROPOSAL DAY”
Pada 13 Febuari 2015, Kelab
fasilitator Steadfast telah menjalankan program Proposal Day bertempat di
bangunan Human Sciences. Program tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dengan
kehadiran para peserta dan penganjur program seramai 25 orang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
kesulitan apabila ramai peserta yang hadir lambat berikutan kelas pada waktu
yang sama. Oleh itu, pihak penganjur terpaksa menanti peserta dan memulakan
program sedikit lewat. Para peserta yang awal telah diberi sarapan pagi terlebih
dahulu sementara menanti.Program dimulakan secara rasmi pada pukul 9.30 pagi
dengan kehadiran Presiden kelab Steadfast.
Selepas semua peserta telah
mengambil tempat masing masing, pengacara majlis, Ummur Radhiah telah memulakan
majlis dengan bacaan Al- Fatihah. Usai bacaan Al- Fatihah, Presiden kelab
Steadfast, Muhammad Shaifuddin telah dijemput ke hadapan untuk memberikan
ucapan beliau. Ucapan beliau sedikit sebanyak menyentuh tentang kepentingan
menjalankan program Proposal Day sebagai medan untuk melatih ahli Steadfast
teknik- teknik yang betul dalam membuat laporan program- program Steadfast.
Ucapan beliau berlangsung selama 10 minit dan kemudian menyerahkan majlis
kepada pihak penganjur.
Selesainya ucapan Presiden
kelab Steadfast, program diserahkan kepada bendahari kelab Steadfast iaitu
Muhammad Firdaus. Program diteruskan dengan penerangan dari beliau berkaitan
cara yang betul untuk menyiapkan ‘proposal’ sebelum berlangsungnya program
Steadfast. Selepas memberi penerangan, beliau memberi masa kepada peserta untuk
membuat sedikit latihan tentang pengisian borang laporan kewangan.
Program diteruskan lagi dengan
sesi bersama setiausaha kelab Steadfast, Amirah Syakirah. Beliau juga
menerangkan sedikit sebanyak tentang penulisan laporan untuk program Steadfast
kepada para peserta. Seterusnya, sesi soal jawab bersama peserta dilkukan
supaya peserta dapat mengutarakan ketidakfahaman mereka. Pada pukul 11.30 pagi,
program telah sampai ke penghujung. Akhir sekali, para peserta dan ahli komiti
bergambar bersama untuk mengabadikan kenangan mereka semasa program ini.
Selesai bergambar, semua peserta bersurai.
Dilaporkan Oleh, 16 Februari 2015
Farah Hani
(FARAH HANI BT MOHAMED FATHIL)
0 comments:
Post a Comment