Suasana semakin meriah ketika setiap wakil kumpulan diberi peluang untuk memilih Mentor masing-masing. Ada raut wajah yang gembira dan ada raut wajah yang kecewa kerana Mentor yang ingin dipilih telah di'pinang' oleh kumpulan yang lain. Secara keseluruhannya, adik-adik berpuas hati dengan Mentor masing-masing. Dan ada juga soalan daripada mereka "Kenapa tak buat satu hari program ni?". Di sini kita dapati bahawa adik-adik gembira kerana dapat bersama-sama dengan Mentor masing-masing walaupun dalam masa yang singkat.
Alhamdulillah dengan kerjasama yang baik daripada ahli-ahli Steadfast, program yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah program ini merupakan program yang berterusan hingga akhir tahun 2009 di mana akan diadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan adik-adik bagi membantu mereka dalam menghadapi peperiksaan PMR dan SPM dengan memberi tips-tips yang bermanfaat di samping berkongsi pengalaman masing-masing.
0 comments:
Post a Comment